Selepas 8 hari berlayar tanpa henti, akhirnya penyanyi kesayangan ramai, Zizi Kirana bersama kumpulan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di Tunisia malam Ahad lalu. 🇹🇳✨
Apa yang buat ramai sebak, Zizi berkongsi detik indah itu apabila kedatangannya disambut dengan laungan azan yang menusuk jiwa.
"Alhamdulillah sampai Tunisia. Saya keluar ke bahagian atas kapal dan terdengar laungan azan 'Allahuakbar Allahuakbar'. Ya Rabb, Penolong, Pelindung dan Penjaga kami satu-satunya." – Zizi
Katanya lagi, pengalaman itu benar-benar menyentuh hatinya dan membuatkan beliau semakin kuat untuk meneruskan perjalanan. ❤️
🌊 Semakin Hampir ke “Red Zone”, Semakin Berdebar!
Walaupun lega dah sampai Tunisia, debaran makin kuat sebab tak lama lagi kapal mereka bakal masuk ke perairan antarabangsa – atau lebih dikenali sebagai Red Zone.
Zizi mengaku, mungkin agak sukar untuk mereka terus berkongsi update selepas ini kerana perlu sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.
"Semakin dekat dengan Tunisia semakin mendebarkan kerana tak lama lagi kami akan masuk ke perairan antarabangsa. Jadi mungkin agak susah nak update atau live sebab kami kena sentiasa bersiap sedia."
Bayangkan betapa kuat semangat mereka! 😢🔥
🙏 Misi Kemanusiaan, Bukan Keganasan!
Zizi juga sempat menitipkan pesanan buat semua supaya faham bahawa apa yang mereka lakukan adalah misi kemanusiaan, bukan keganasan.
"Saya sangat terharu dengan doa dan sokongan kalian semua. Tolong sebarkan pada satu dunia, ini adalah misi kemanusiaan."
Malah, Zizi juga reda jika dirinya tidak kembali ke tanah air – kerana misi ini adalah perjuangan yang dianggap satu anugerah besar jika Allah takdirkan syahid. 😭
🚢 Dari Barcelona ke Gaza, Bersama 44 Negara!
Untuk info, Zizi memulakan pelayaran dari Barcelona, Sepanyol pada 31 Ogos lalu bersama puluhan kapal lain. Misi ini turut disertai oleh aktivis dari 44 negara – satu gerakan besar yang cukup membuka mata dunia. 🌍
🔥 Apa pendapat korang? Berani ke nak ikut misi macam ni?
Doa kita semua sentiasa bersama Zizi dan seluruh pasukan flotilla agar mereka dilindungi Allah sepanjang perjalanan. 🤲