Wow guys! Tak sangka cepat betul masa berlalu. Drama fenomena Thariq Ridzuwan: His Treasure kini dah masuk minggu terakhir tayangan dan sumpah memang buat penonton tak senang duduk. Dari episod awal sampai sekarang, jalan cerita penuh roller coaster emosi — ada romantik, sedih, suspens, sampai kita pun ikut rasa berdebar!
💔 Perjuangan Thariq Ridzuwan (Meerqeen) ternyata bukan biasa-biasa. Bukan saja diuji sebagai seorang ayah, tapi juga sebagai pelindung keluarga. Plot makin panas bila bayi kecil mereka jadi taruhan, dan lebih mengejutkan bila Thea diculik! 😭 Babak ini memang buat ramai penonton menjerit depan TV.
Bukan itu je, muncul pula musuh dalam selimut. Individu yang cuba mengancam nyawa Thariq rupa-rupanya orang yang sangat dekat dengan dia. Fuhhh, memang mindblown bila tengok. Lagi sakit hati bila watak Rozita dan Raudhah mula menyusun rancangan licik mereka. Boleh rasa tahap ‘geram’ penonton naik ke maksimum!
✨ Apa yang buat drama ini trending adalah setiap persoalan yang tertinggal selama ini akhirnya akan terjawab dalam minggu akhir ini. Tapi… adakah semuanya berkait dengan kisah silam Husniya Radwa (Qasrina)? 🤔 Haaa, ini yang buat ramai tak sabar tunggu episod seterusnya.
Netizen pun dah mula spoiler mode dekat media sosial:
“Plot twist dia gila weh, rasa macam baca balik novel. Ada romantik, sedih, marah semua campur sekali. Jantung penat setiap minggu!”
Tak peliklah kalau drama ini jadi bahan bualan setiap kali habis tayangan. Dari 23 Julai sampai sekarang, aura dia memang tak pernah surut.
📺 Jangan lupa guys, Thariq Ridzuwan: His Treasure ditayangkan setiap Rabu & Khamis, 9 malam di Astro Ria. Korang juga boleh layan balik di Astro GO dan sooka.
🔥 Siapa yang follow dari awal mesti setuju — minggu akhir ni confirm jadi antara ending paling epik tahun 2025!
.jpg)