Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

Siti Nurhaliza Kekal Takhta! Biduanita Negara Kini Diangkat Sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara

 


Kalau sebut saja nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, siapa je tak kenal kan? Dari generasi 90-an sampai lah ke anak muda TikTok sekarang, nama Siti tetap jadi sebutan. Bukan calang-calang, baru-baru ni Siti sekali lagi buktikan kehebatannya bila SeaAsia Stats mengangkat beliau sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara! 🔥


Bayangkan, sepanjang lebih dua dekad dalam industri, Siti dah kumpul lebih 300 anugerah! 😱 Malah, beliau masih kekal sebagai artis Malaysia paling banyak terima anugerah sampai sekarang. Bukan tu je, nama Siti pernah masuk Malaysia Book of Records dan berada di Top 30 artis dunia dengan anugerah terbanyak. Padu betul! 💯


🎶 Bukan Sekadar Penyanyi, Tapi Ikon


Walaupun dah bergelar legenda, Siti tetap aktif dalam dunia seni – masih keluarkan karya baharu, berkolaborasi dengan artis tempatan & antarabangsa, malah sibuk juga dengan perniagaan dan kerja amal. Tak hairanlah kenapa beliau digelar Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024.


🌏 Nama Seiring Ikon Muzik Dunia


Nak tahu betapa hebatnya Siti? Beliau kini sebaris dengan:


🇮🇩 Iwan Fals – ikon lagu protes Indonesia


🇵🇭 Regine Velasquez – ‘Asia’s Songbird’ Filipina


🇸🇬 Stefanie Sun – jual lebih 30 juta album


🇹🇭 Bird Thongchai – artis paling laris Thailand


🇻🇳 Mỹ Linh – pelopor RnB & soul Vietnam


🇲🇲 May Sweet – legenda 40 tahun lebih di Myanmar


🇱🇦 Alexandra Bounxouei – bintang pop moden Laos


🇧🇳 Maria Aires – pelopor Pop-R&B Brunei


🇰🇭 Preap Sovath – ikon pop Kemboja


Dan dari Malaysia, siapa lagi kalau bukan Siti Nurhaliza 💖


💬 Netizen: “Siti Tetap No.1 Dalam Hati!”


Tak kira berapa banyak artis baharu muncul, satu perkara pasti – nama Siti tetap evergreen dan sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia.


✨ Memang layak betul gelaran Legenda Muzik Asia Tenggara diberikan kepada beliau. Terima kasih, Siti, kerana terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. 🇲🇾❤️


👉 Korang pun bangga dengan pencapaian Siti? Jangan lupa SHARE artikel ni supaya lebih ramai tahu betapa hebatnya Biduanita Negara kita!

Previous Post Next Post

Contact Form