Siapa sangka, kisah Aisar Khaled yang tular kerana insiden dihalau ketika menghulurkan bantuan banjir di Bali kini berakhir dengan manis! 😍
Personaliti media sosial ini baru-baru ini menerima penghargaan khas daripada Senator Bali, Arya Wedakarna, sebagai tanda penghormatan atas keprihatinannya membantu rakyat Bali yang terjejas bencana. Dalam majlis ringkas itu, Aisar menerima sijil penghargaan serta pin istimewa Presiden Soekarno, simbol persahabatan dan usaha murni beliau.
Dalam ucapannya, Senator Arya menyatakan:
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara-saudara kita dari Malaysia, khususnya Aisar Khaled, seorang anak muda hebat yang menunjukkan kepedulian luar biasa terhadap masyarakat Bali. Ini baru permulaan, kami harap lebih banyak pengiktirafan menanti beliau."
Aisar sendiri meluahkan rasa syukur:
"Perancangan Tuhan itu hebat. Walaupun ribuan orang berkata buruk, masih jutaan manusia menghargai saya. Saya hanya ingin membantu masyarakat, tak kira di mana mereka berada."
Kisah Aisar ini sebenarnya bermula dengan insiden memalukan apabila beliau dan pasukannya dimalukan dan dihalau semasa hulur bantuan pakaian kepada mangsa banjir. Namun, dengan tenang, beliau memilih untuk berundur tanpa sebarang kontroversi. Kejadian itu menjadi bukti bahawa niat baik tidak pernah sia-sia. 💖
Kini, Aisar bukan sahaja mendapat pengiktirafan rasmi tetapi juga inspirasi kepada ramai anak muda yang mahu turun padang membantu orang lain. Semoga kisahnya menjadi pengingat bahawa, walau diuji dengan dimalukan atau dihalau, niat murni sentiasa menemukan jalannya. 🙏
.jpg)