Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

Rizky Febian Kembali Ke Malaysia! Kongsi Pentas Dengan Fabio Asher & Anggi Marito – Konsert Penuh Emosi & Kenangan Tak Terlupakan!


Hai semua peminat muzik Indonesia, ada berita gempak ni! 🎤


Penyanyi popular Rizky Febian bakal kembali memanaskan pentas Malaysia dan dia sendiri tak sabar nak jumpa semua peminat di sini. Menurut Rizky, setiap kali dia naik pentas, bukan sekadar nyanyi – tapi peluang untuk cipta kenangan manis bersama peminat setia.


"Saya amat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur, dan bertemu dengan peminat di Malaysia. Ini adalah peluang berharga untuk berkongsi muzik saya secara lebih dekat dan mencipta kenangan indah bersama anda semua," kata Rizky dengan penuh semangat.


Konsert ini dinamakan Malam 3 Suara, dan akan berlangsung di Idea Live Arena Kuala Lumpur pada 14 Disember 2025. Menariknya, Rizky bukan beraksi seorang diri – dia akan berkongsi pentas bersama Fabio Asher dan Anggi Marito, dua lagi bintang asal Indonesia yang cukup popular di kalangan milenial dan Gen Z.


Pihak penganjur, Strategy X Entertainment Sdn Bhd, menjanjikan pengalaman konsert yang lebih intim dan sarat emosi.


"Konsert ini menyatukan tiga penyanyi dengan identiti masing-masing. Anggi Marito dengan kelembutan vokal, Fabio Asher dengan balada penuh emosi, dan Rizky Febian dengan persembahan penuh warna – gabungan ini menghasilkan harmoni yang indah dan saling melengkapi," ujar wakil penganjur.


Konsert Malam 3 Suara bukan sekadar hiburan biasa. Ia membawa penonton menyelami kisah cinta, kerinduan, harapan dan kebersamaan melalui lebih 20 lagu hits yang akan dibawakan secara solo, duet dan kolaborasi eksklusif. 🎶


Kalau korang nak rasai pengalaman muzik yang penuh emosi dan meninggalkan memori manis, jangan lepaskan peluang ni! Tiket akan mula dijual pada 12 September 2025 di www.ticket2u.com.my/malam3suara

.

Previous Post Next Post

Contact Form