Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

10 Tahun Hidup Solo, Amelina Akui Sudah Hilang ‘Taring’ Pikat Lelaki – Kini Pilih Tundukkan Pandangan!

 


Siapa sangka penyanyi lagenda, Amelina, kini lebih selesa hidup solo setelah 10 tahun bergelar ibu tunggal? Dalam temubual eksklusif , Amelina, 51, mengakui dirinya sudah hilang ‘taring’ untuk memikat lelaki.


Menurut Amelina, selepas kembali aktif dalam industri muzik sepuluh tahun lalu, fokus utamanya adalah kepada anak-anak. Kini, apabila anak-anak sudah dewasa dan dia mula mempertimbangkan kehidupan percintaan semula, rasa janggal dan kurang yakin diri mula muncul.


“Ada juga timbul rasa rendah diri, nak pikat pun tidak pandai. Walaupun anak-anak beri ‘green light’, tapi saya tak terfikir sangat untuk berkahwin baharu,” kongsinya.


Walaupun begitu, Amelina tidak menutup pintu hati untuk kembali berumah tangga suatu hari nanti. Namun, dia sudah selesa dengan kehidupan solo sekarang. Demi menjaga diri dan nama baik, Amelina juga mengamalkan “tundukkan pandangan” supaya tidak mudah tergoda dengan mana-mana lelaki.


“Saya tidak pernah menutup hati untuk menerima orang baharu, cuma apabila sudah mula berkawan, tiba-tiba perasaan itu hilang. Mungkin saya sudah terlalu selesa hidup solo,” ujarnya lagi.


Amelina juga mendedahkan pernah didekati lelaki berstatus suami orang. Walaupun ada yang hensem dan menarik perhatian, dia memilih untuk menarik diri demi mengelakkan sebarang masalah.


“Mungkin juga mereka approach saya tidak kena pada caranya dan tidak sampai di hati. Saya pula seorang yang manja,” katanya.


Untuk rekod, Amelina pernah mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood pada 26 April 1999 dan bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata.


Kini, Amelina lebih tenang dengan status ‘single’, fokus kepada keluarga dan kehidupannya sendiri. Tetapi, siapa tahu – pintu hati selembutnya Amelina mungkin akan terbuka kembali suatu hari nanti.

Previous Post Next Post

Contact Form