Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

Deepika Padukone Malu Besar! Bekas Kekasih Suruh Bayar Bil Makan Malam?

 


Kalau korang fikir kisah cinta selebriti selalu indah, tunggu dulu… kisah Deepika Padukone dengan bekas kekasihnya, Siddarth Mallya, memang buat netizen terkejut! 😳


Menurut laporan, pelakon terkenal filem Pathaan ni pernah alami pengalaman paling memalukan sebagai seorang wanita – dia diperintah bayar bil makan malam oleh bekas kekasih sendiri. Bayangkan… keluar makan malam tapi dia suruh kita bayar? Memang awkward gila! 😅


Deepika kongsi, “Saya cuba sedaya upaya untuk pertahankan hubungan ini, tapi perangai dia sejak kebelakangan ini sangat menjijikkan. Kali terakhir kami bertemu untuk makan malam, dia minta saya yang bayar bil. Itu amat memalukan buat saya.”


Tak heran la Deepika ambil keputusan untuk akhiri hubungan tersebut, sebab siapa sanggup hadap perangai macam tu kan?


Tapi tak lama lepas tu, Siddarth muncul mempertahankan diri pula. Dia panggil Deepika sebagai ‘wanita gila’, dan cakap yang dia dah janji nak pulangkan duit selepas ayah dia selesaikan hutang. Lagi gila, dia sebut semua hadiah mahal yang pernah dia beri – berlian, beg mewah, percutian, dan parti untuk kawan Deepika. 😬


Kalau korang nak tahu, hubungan Deepika dan Siddarth yang hangat diperkatakan sejak 2011 akhirnya berakhir. Tapi jangan risau, Deepika sekarang lebih bahagia dengan suaminya, Ranveer Singh, dan baru-baru ini mereka menyambut ulang tahun pertama anak perempuan mereka, Dua, pada 8 September. 🍼💖


Memang jelas… kadang cinta selebriti ni penuh drama, tapi Deepika dah move on dengan cara paling sweet! 😍

Previous Post Next Post

Contact Form