Enam Jam Bertarung Nyawa, Isteri Fizi Ali Selamat Bersalin Anak Perempuan Secara Normal



ISTERI penyampai radio Fizi Ali, Siti Zulaikha, selamat melahirkan anak pertama mereka pada Rabu lepas. Fizi atau nama penuhnya Mohd Hafizudin Alimudin, 37, meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan kehadiran cahaya mata perempuan ini.


Malah, Fizi berkongsi bahawa isterinya bersalin secara normal dan bertarung nyawa selama enam jam.


"Syukur Alhamdulillah, terima kasih semua yang doakan kami sekeluarga. Mama (panggilan untuk isteri Fizi) dah selamat lahirkan bayi perempuan. Kuat mama tadi, hampir enam jam bertarung untuk bersalin normal. Jadi sekarang bertambah seorang lagi perempuan dalam hidup daddy (panggilan Fizi)," katanya.


Fizi berkongsi berita gembira ini menerusi satu hantaran di Instagramnya pada malam Rabu. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan urusan pantang isteri Fizi dipermudahkan.


Untuk rekod, Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober tahun lalu. Sebelum ini, Fizi pernah berkahwin dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun mereka bercerai pada Disember 2021. Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 5 tahun. Siti Zulaikha juga memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.


Jom kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda untuk bersama-sama mendoakan kebahagiaan keluarga kecil Fizi Ali! Tekan butang share sekarang!

Previous Post Next Post

Contact Form