Ditawar RM10,000 Jumpa Peminat Lelaki, Andyoso Bimbang Tersalah Langkah


Ketika nama semakin dikenali, penyanyi Andyoso tidak terlepas daripada gangguan peminat yang bertindak keterlaluan dengan menghantar mesej berbaur gangguan di media sosialnya. Lebih teruk lagi, Andyoso atau nama sebenarnya Andika Zulkefli, 20, mendedahkan seorang peminat lelaki pernah menawarkan wang tunai sebanyak RM10,000 dengan syarat bertemu di lokasi tertentu.


Pengalaman Mengerikan

"Sebelum ini, saya tidak pernah dedah tempat tinggal saya, namun ada satu ketika saya terlepas cakap. Selepas itu, ada seorang lelaki hantar mesej ajak saya keluar dan dia tawarkan sejumlah wang tapi dengan syarat perlu bertemu di tempat ditetapkan. Itu pengalaman paling teruk saya lalui," katanya kepada kami.


Mengambil Langkah Berhati-hati

Andyoso ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbarunya berjudul Pendamping Hidupku yang berlangsung di Hotel Zecon, Kuala Lumpur pada Selasa. Disebabkan perkara itu, Andyoso berasa takut untuk meneruskan karier dalam bidang seni namun mula menyedari ia antara dugaan sebagai anak seni. Belajar daripada pengalaman, dia juga menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menjaga akaun media sosialnya supaya mereka tahu pergerakannya.


Utamakan Pengajian

Untuk mengelak hanyut dengan populariti dan dugaan, Andyoso lebih selesa memberi tumpuan kepada pengajian di peringkat diploma dalam bidang perniagaan. "Risau juga kalau saya hanyut dengan godaan apabila sudah popular dan sebab itu saya lebih utamakan pelajaran supaya tidak lalai. Jika saya jaga akaun media sosial, mungkin saya akan tersilap langkah," ujarnya.


Promosi Lagu Tanpa Gimik

Bercakap tentang lagu baharu, Andyoso memberitahu tidak akan melakukan sebarang gimik bagi mempromosikan karya tersebut. Jelasnya, dia serik dengan kecaman selepas ada yang menyangka dia berkahwin pada usia muda susulan memuat naik video mempromosikan sebuah dewan acara sebelum ini. "Sebenarnya gimik itu bukan rancangan saya... Apabila ada yang komen tahniah, saya diamkan sahaja. Lepas saya dedahkan itu adalah gimik, kena kecam pula," tegasnya.


Lagu Pendamping Hidupku dilancarkan Mei lalu merupakan kolaborasi ciptaan Andyoso bersama dua komposer Indonesia iaitu Shoga Tan dan Ujang K.


Seronok baca kisah menarik ini? Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda di media sosial supaya mereka juga tahu kisah menarik tentang Andyoso!

Previous Post Next Post

Contact Form