Jom Hype Up! B.I Bakal Menggegar KL dengan Konsert Sulung "HYPE UP"!



Hey gais! Ada berita best nih buat korang yang suka lagu-lagu Kpop terutamanya yang minat dengan mantan ahli iKON, B.I! Korang sedia untuk konsert sulung solo dia yang bakal meletup di Kuala Lumpur pada 30 Jun ni tak? It's gonna be lit!


B.I, yang nama sebenar Kim Han Bin, bakal buat penampilan yang tak sama macam dulu masa dia dalam iKON. Korang kena tengok sendiri sisi baru dia yang memukau kat konsert B.I 2024 Tour "HYPE UP" in Kuala Lumpur tuh! Dijamin korang takkan menyesal.


Korang akan dapat layan lagu-lagu dari album solo dia, termasuklah Waterfall, Welcome Back, Love or Loved, dan Cosmos. Korang mesti dah tak sabar nak dengar dia perform lagu-lagu ni live kan?


Jangan lupa, B.I bukan setakat penyanyi je, dia juga komposer dan penulis lirik yang power gila! Dia dah hasilkan lebih dari 100 lagu, termasuk yang korang suka dari iKON, Psy, dan Blackpink.


Pernah dengar lagu BTBT? Lagu tu memang best gila! Bukan main lagi popular. Dia punya kolaborasi dengan Soulja Boy dan DeVita buat lagu tuh, dan dapat anugerah Lagu Kpop Terbaik 2022 oleh majalah Time! Power tak?


Konsert ni anjuran dari Lo-Fi Entertainment dan tempatnya di Mega Star Arena, KL. Jangan terlepas peluang korang untuk join konsert ni! Tiket dah boleh beli kat laman web Tiketing Tix dengan harga yang berpatutan.


RM788 untuk HYPE Zon

RM688 untuk UP Zon

RM538 untuk BE Zon

RM338 untuk IDENTITY Zon

Jangan tunggu lagi, cepat grab tiket korang sebelum habis! Dan jangan lupa, share info ni dengan kawan-kawan korang yang tak boleh lepaskan peluang tengok B.I live! Lagi ramai yang join, lagi meriah konsert ni!

Previous Post Next Post

Contact Form