Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

“Bukan Aku, Bini Aku Post!” – Johan Mengaku Langsung Tak Ada Media Sosial, Telefon Bimbit Clean Macam Bayi Baru Lahir! Patutlah Rupa Pun Tenang Je...


 Korang pernah bayangkan tak artis top zaman sekarang langsung tak ada Instagram, TikTok atau Facebook dalam telefon dia? Haa, nampak macam mustahil kan? Tapi itulah hakikatnya tentang pelawak dan penyampai radio versatil kesayangan ramai, Johan!

Baru-baru ni, satu Malaysia terkejut bila Johan buka cerita yang telefon bimbit dia betul-betul clean. Kalau korang geledah telefon dia, memang kosong! Takde satu pun aplikasi media sosial. Biar betul, Johan?! 😱

🧐 "Cukuplah Isteri Saya Saja Yang Ada..."

Menurut Johan, atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, dia lebih selesa hidup tenang tanpa sebarang gangguan aplikasi sosial. Semua urusan dunia maya itu diserah bulat-bulat kepada suri hatinya, Ozlynn Waty.

Power kan? Dia tegaskan hidup dia jadi jauh lebih konsisten dan fokus pun 100% peratus dapat disalurkan kepada keluarga tercinta.

“Kalau tengok telefon saya, saya memang tiada media sosial. Hidup saya lebih konsisten, cukup isteri saya ada. Saya buat semua ini untuk keluarga saya, jadi biarlah Ozlynn sahaja yang ada media sosial..." jelasnya.

🎬 Suami Pun Terkejut Video Sendiri Viral!

Paling melucukan, Johan sendiri akui dia selalu terpinga-pinga dan langsung tak tahu menahu bila masa pula Ozlynn upload video gelagat dia ke media sosial. Tahu-tahu dah viral satu Malaya!

Tapi, Johan ambil pendekatan santai dan sporting habis. Asalkan perkongsian isterinya itu membawa aura positif dan manfaat untuk orang ramai, dia okay je support seratus peratus!

🔥 Korang rasa macam mana? Sanggup tak kalau hidup tanpa media sosial macam Johan ni, atau jari korang gatal tak boleh kalau sehari tak skrol feed? Cuba kongsi pendapat korang dekat ruangan komen bawah ni! Jangan lupa tekan share sekali ya! 👇✨

Previous Post Next Post


Contact Form