Eh, seriuslah?! Apa kejadahnya ni korang! 🤯 Baru semalam media sosial bergegar dengan satu pendedahan yang betul-betul buat bulu roma meremang. Bayangkan, data peribadi milik pempengaruh tersohor kegemaran ramai, Khairul Aming (KA), tiba-tiba ‘terbogel’ dekat public!
Tapi, apa sebenarnya yang berlaku ni? Jom kita bedah sampai habis cerita panas ni! 🔥
💸 Dari Cerita Tunggakan Bil, Naik Jadi Isu Keselamatan Negara?!
Semuanya bermula apabila ada seorang pengguna media social dengan ‘pantas dan rajinnya’ pergi intai akaun telefon bimbit KA. Tak cukup dengan itu, dia dengan beraninya ‘tunjuk pandai’ umumkan dekat satu Malaysia kononnya bil telefon KA ada tunggakan sebanyak RM498, siap kongsi cerita pasal digital purchase lagi!
"Teringin nak bagitahu KA dia ada overdue bil RM498... Nanti line kena barred," kata individu terbabit kononnya prihatin.
Tapi kawan-kawan, di sinilah mulanya plot twist yang bikin orang terkejut! 😳
KA yang nampak perkongsian tu terus 'buka suara' dan sound direct dekat pihak telco (Maxis). Kata KA, isu tunggakan tu langsung bukan masalah besar sebab dia memang sejenis yang suka bayar bil in advance untuk beberapa bulan terus!
Tapi, yang jadi masalah besar, menakutkan dan bikin meremang bulu roma sekarang ni... macam mana orang luar boleh tahu detail akaun peribadi dia?!
"Tak perlu beritahu sebab ini hal peribadi saya... Tapi yang jadi creepy macam mana awak boleh tahu info bil Maxis saya ni sampai post ke public? Ini personal data saya!" bidas KA dengan tegas di Threads.
🔥 Netizen Mengamuk: "Saman Kaw-Kaw, Jangan Lepaskan!"
Bukan ph Khairul Aming je yang angin, satu Malaysia yang baca terus jadi seram sejuk. Cuba bayangkan, kalau akaun seorang usahawan selebriti besar macam KA pun boleh bocor senang-senang, macam mana pula dengan keselamatan data kita yang biasa ni? Gulp! 🥶
Ruangan komen terus meriah dengan pelbagai reaksi berapi daripada netizen:
"Tiba masanya untuk menguji akta perlindungan data peribadi. KA sila saman kaw-kaw ya. Data peribadi tak boleh dibuat main!"
"Ni bukan isu jumlah tunggakan KA. Ni isu betapa mudahnya orang bocorkan PDPA kita di media sosial!"
"Zaman sekarang ramai yang kerja bagus tapi otak tak reti nak uruskan benda personal and confidential. Terpaling nak share info!"
Setakat artikel ni ditulis, pihak Maxis masih lagi menikus dan belum keluarkan sebarang kenyataan rasmi.
🤔 Korang Rasa Macam Mana?
Betul tak apa yang netizen cakap? Adakah ini bukti sistem sekuriti data kita makin 'cair', atau ada pekerja 'dalaman' yang sengaja bocorkan rahsia pelanggan demi nak viral semata-mata?
Korang kalau jadi Khairul Aming, korang akan diamkan je atau terus saman sampai lubuk cacing? Jom tinggalkan pendapat korang kat bawah, admin nak dengar ni! 👇✨

