Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

TRAIN TO BUSAN PUN KALAH?! Pengarah Dedah Filem Zombie Baharu Ini Lagi Agresif & Guna Makhluk 'Real'!

 


Korang ingat lagi tak penangan filem Train To Busan yang buat kita semua tak cukup tanah nak lari dulu? Lepas 6 tahun menyepi tanpa filem zombie, pengarah genius Yeon Sang Ho kembali lagi, gais! 🧟‍♂️🔥

Kali ni dia bawa buah tangan terbaharu berjudul COLONY. Dan dengar cerita... filem ni berkali-kali ganda lagi suspen dan mendebarkan! Korang dah sedia ke nak luruh jantung kat dalam panggung wayang nanti?

🚫 "Kurangkan CGI, Kita Guna Manusia Betul!"

Haa, ini yang buat admin meremang bulu roma. Kalau filem sekarang semua pakai kesan khas komputer (CGI), tapi tidak untuk Colony!

Pengarah dedah yang mereka minimumkan penggunaan CGI untuk watak makhluk yang dijangkiti tu.

"Habis tu, dorang pakai apa?"

Dorang upah manusia sebenar, siap ada koreografi tarian moden dan teknik solekan (make-up efek) yang super ekstrem! Bayangkan makhluk zombie tu bergerak secara real depan mata, mesti nampak 'hidup' dan lagi ngeri, kan? Tak tidur malam lah kita jawabnya! 😭


🔥 Barisan Pelakon Bukan Kaleng-Kaleng! (Ada Ji Chang Wook, Gais!)

Bukan setakat jalan cerita je yang gempak, barisan pelakon dia pun gila gempak! Antara nama besar yang bakal pertaruhkan nyawa dalam filem ni:

  • Ji Chang Wook 😍 (Oppa kesayangan ramai!)

  • Gianna Jun (Jun Ji Hyun) 👑

  • Koo Kyo Hwan

  • Shin Hyun Been

Sumpah, gandingan dorang ni memang mantap habis. Ditambah pula dengan muzik elektronik yang membingitkan telinga dan aksi survival yang super brutal, filem ni memang comfirmed bakal jadi fenomena global terbaharu!


🗓️ Catat Tarikh Ni Sedia-Sedia!

Tak sabar nak tengok Oppa Ji Chang Wook lari kena kejar zombie yang 'real'?

COLONY bakal menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 22 Mei ini! (Ya, minggu ini juga, gais!). Cepat-cepat rogol website wayang untuk tempah tiket sebelum sold out!


Korang rasa korang boleh survive tak kalau ada dalam situasi filem Colony ni? Cuba tag member korang yang jenis penakut tapi acah-acah berani kat ruangan komen! 👇😜

#ColonyMovie #TrainTo Busan #JiChangWook #KZombie #FilemSeram2026 #WajibTonton #FilemViral #ZombieReal #GilaSuspen #SemuaLari

Previous Post Next Post

Contact Form