Korang... cuba tengok bilik korang jap. Rasa dah cukup sepah ke? Ha, kalau korang rasa bilik korang tu dah paling champion bersepah, korang kena tengok dulu apa yang jadi dekat penyanyi ni. Serius, min pun gosok mata berkali-kali tau! 👁️👄👁️
Siapa sangka, di sebalik wajah cantik dan bakat menyanyi yang hebat, rupanya ada ‘rahsia’ yang tersimpan rapat dalam bilik tidur dia. Baru-baru ni, Okonogi Ruka dari kumpulan Jams Collection selamba tayang keadaan bilik dia kat media sosial.
Result dia? 5 JUTA VIEW dalam sekelip mata! 📉💥
Lantai Mana Lantai?! 🕵️♀️
Dalam gambar yang tular tu, korang jangan haraplah nak nampak karpet ke, tile ke... Memang ’LID’ (Lantai Hilang Dari Pandangan)! Baju, beg, barang-barang semua ‘berpesta’ atas lantai sampai nak letak kaki pun tak lepas.
Paling kelakar, netizen sampai tag syarikat cleaning service sebab dah tak tahan tengok. Siap ada syarikat pembersihan yang tawar bantuan secara free sebab kesian sangat! 😭
"Pembersih Pun Menangis..."
Ruka sebenarnya mengaku yang dia pernah panggil orang datang kemas. Tapi korang tahu tak apa jadi? Pekerja tu punya lah kesian tengok bilik dia, sampai bagi extra 30 minit percuma sebab tak sempat nak settle-kan semua ‘harta karun’ tu!
Tapi... lepas kemas pun, tak lama lepas tu jadi balik. Dah macam kena sumpahan ke apa bilik ni? 🧙♀️
Tidur Atas Lantai Sebab Katil Dah Penuh?!
Ini yang paling plot twist. Ruka cakap dia rasa bilik dia terlalu kecil dan sekarang tengah fikir nak pindah rumah baru. Eh, kalau rumah baru nanti pun jadi macam ni juga, macam mana tu? 🤣 Sebelum ni pun dia pernah mengaku terpaksa tidur atas lantai (celah-celah barang la tu) sebab katil dah penuh dengan barang.
Ada netizen yang mula label dia ‘pengotor’, tapi ada juga yang faham sebab mungkin dia terlalu sibuk dengan schedule artis yang padat. 🎤✨
Korang Rasa Macam Mana? Korang rasa ni memang gaya hidup ‘seniman’ ke, atau memang dia ni malas tahap dewa? Pernah tak korang ada kawan yang bilik macam ni tapi bila keluar rumah bukan main vogue lagi? 💅
Cuba tag kawan korang yang bilik dia ‘seiras’ dengan bilik Ruka ni. Jangan marah eh! 👇😂
#ArtisViral #BilikSepah #OkonogiRuka #JamsCollection #Kantoi #GossipArtis #LantaiHilang #NetizenMalaysia #TrendingToday #ViralGiler

