Korang bayangkan, tengah syok-syok nak mula kerajaya seni, tiba-tiba Seniman Agung P. Ramlee terpacak depan pintu rumah nak buat jadi isteri! Bukan kaleng-kaleng ya penangan aura Norlia Ghani zaman muda-muda dulu.
Menerusi satu perkongsian di Legasi Podcast yang kembali meledak di media sosial, Norlia Ghani (78) akhirnya buka mulut tentang satu rahsia yang selama ini hanya diketahui oleh dua orang kuat industri sahaja iaitu Allahyarham Jins Shamsuddin dan wartawan Bahyah Mahmood.
🏠 "Tuan kan dah ada Saloma..."
Kejadian ni berlaku masa Norlia baru berumur 17 tahun. Masa tu, P. Ramlee sendiri datang ke rumahnya di Klang untuk minta izin dengan emak Norlia. Tapi, jawapan emak dia memang win dan 'deep' habis!
"Mak saya cakap tuan dah ada Saloma. Masa tu Saloma tengah menyanyi di Bangkok," seloroh Norlia.
Bayangkan kalau mak dia cakap "YES" masa tu? Agak-agaknya Norlia Ghani dah jadi isteri nombor dua Seniman Agung kita tahu! Tapi masa tu, Norlia akui dia masih budak-budak lagi, tengah fasa nak berseronok dan tak fikir sangat pasal kahwin ni.
🎬 Bakat Dicungkil Oleh Sang Lagenda
Walaupun tak berjaya jadi suri hati, P. Ramlee tetap 'orang kuat' yang nampak bakat Norlia. Dialah yang bawa Norlia masuk ke dunia filem menerusi Kanchan Tirana pada tahun 1969. Sampai sekarang, aura Norlia Ghani tetap maintain kan? 🤩
Korang Rasa Macam Mana? 🧐
Kalau korang kat tempat Norlia Ghani masa umur 17 tahun, P. Ramlee datang melamar... korang ON ke TAK? Cuba komen kat bawah! 👇
Jangan lupa SHARE artikel ni sebab ramai lagi tak tahu rahsia besar ni! Cuba tag kawan korang yang minat sangat filem hitam putih tu.
#NorliaGhani #PRamlee #Saloma #GossipArtis #ViralMalaysia #LegendaSeni #KisahBenar #ArtisVeteran #ThrowbackViral #Panas