Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

Noh Salleh Selamat Jalani Pembedahan Risiko Tinggi – Tapi Bahagian Tengkuk Buat Semua Risau!


 Hai semua! Ada berita terbaru tentang penyanyi kesayangan kita, Noh Salleh. 🤯


Baru-baru ini, Noh selamat menjalani pembedahan berisiko tinggi di Pusat Pakar UKM (UKMSC) selepas mengalami masalah tulang belakang di bahagian tengkuk, khususnya C6 & C7, yang menyebabkan tangan kebas & sakit belakang kronik. Bayangkan nak angkat anak pun sakit! 😢


Noh sendiri kongsi di media sosial:


“Selesai pembedahan semalam. Masalah tulang belakang bahagian tengkuk yang menyebabkan nerve impingement, tangan kebas dan sakit belakang kronik sampai ganggu nak angkat baby Tara.”


Yang lebih mencemaskan, pembedahan dilakukan betul-betul di belakang vocal cords, organ yang jadi sumber rezeki dia. 😱 Tapi Alhamdulillah, proses berjalan lancar di bawah jagaan Prof. Datuk Dr. Mohd Hisam Muhamad Ariffin.


Noh juga memohon doa semua agar dia cepat sembuh dan dapat kembali menjalani rutin harian serta persembahan yang sudah dijadualkan Sabtu ini. 💖


“Mohon kawan-kawan doakan semua agar proses sembuh dipermudahkan dan kembali normal secepat mungkin. Risau? Ya. Sebab ada persembahan Sabtu ini. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang mendoakan termasuk keluarga dan kawan.”


🔥 Jadi, siapa kat sini yang sama-sama risau dengan kesihatan Noh Salleh? 🙋‍♂️🙋‍♀️ Jangan lupa doakan dia cepat sembuh ya!




#DoaUntukNoh #NohSalleh #CelebrityNews #ViralMalaysian #TrendingNow 

Previous Post Next Post

Contact Form