💥 Weh geng... makin panas gila drama rumah tangga artis ni! Belum sempat reda isu tuntutan RM5 juta antara penyanyi Nubhan dan isterinya Dr Afifah, muncul pula leaked chat yang bikin ramai ternganga! 😳
Mesej peribadi yang dipercayai antara Dr Afifah dan seorang individu bernama Syamim Razi tersebar di Instagram… dan memang bikin panas! 🔥🔥
💬 “Kami Tak Bodoh, Memang Aku Layak Dapat RM5 Juta Tu!”
Dalam mesej yang dikongsi Syamim, Dr Afifah dilihat menjelaskan bahawa tuntutan RM5 juta tu bukan main suka-suka je, tapi hasil nasihat peguam sendiri. 😮
“Duit tu peguam yang minta. Kami tak bodoh. Peguam dah tengok akaun bekas (Nubhan) akulah. Memang aku lebih layak dapat RM5 juta tu dari keluarga kau,” katanya.
Fuhhh, pedas beb! 🌶️
Dr Afifah turut menambah dia dah berkorban 10 tahun dalam rumah tangga, dan dah pun melahirkan tiga orang anak bersama penyanyi tu.
“Memang kena mintalah. Dah buang masa 10 tahun dekat orang macam tu. Kisah pula duit laki aku bukan duit you.” 😤
💣 Syamim Dakwa Dr Afifah Minta Duit Untuk Peguam?
Syamim mendakwa kononnya Dr Afifah minta duit daripada Nubhan untuk bayar upah peguam. Tapi Dr Afifah cepat-cepat nafikan!
“Excuse me, ingat aku terdesak sangat ke nak duit Nubhan tu? Korang lagi terdesak nampaknya… Nak jalan semua pakai duit Nubhan,” katanya dengan nada sinis. 😬
Dia turut berpesan supaya pihak sana jaga mulut dan jangan sebar fitnah.
“Cakap tu baik-baik sikit. Kata terpelajar. Apa bukti? Tunjuk bukti baru cerita. Jangan fitnah-fitnah,” tambahnya.
💔 Drama Keluarga Terus Memuncak
Kalau korang nak tahu, Syamim ni dikatakan anak kepada Sharifah Mastura (Kak Yang) — individu yang didakwa sebagai orang ketiga dalam kemelut rumah tangga Nubhan & Dr Afifah. 😬
Lagi panas bila semalam timbul pula dakwaan yang ibu mentua Nubhan sendiri pernah tuntut RM5 juta kalau Nubhan nak bercerai! 😱
Macam-macam versi keluar sekarang ni, sampai netizen pun pening nak tahu siapa betul siapa salah. Tapi satu je pasti — kisah ni memang tak nak kalah dengan drama TV3 jam 7 malam! 📺😂
😮 Apa Pendapat Korang?
Korang rasa betul ke Dr Afifah “layak” dengan tuntutan RM5 juta tu… atau ada kisah lain yang belum terbongkar? 🤔
Drop komen korang 👇 dan jangan lupa share artikel ni kat group WhatsApp geng gosip korang!
📲 #Viral #Nubhan #DrAfifah #DramaArtisMalaysia #GosipPanas #KakiShopeeViral #TrendingNow #MalaysiaViral #HotIssue #RM5Juta #JanganKecamKecam
