Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

Ustaz Elyas ‘Sound’ Artis Buka Tudung – ‘Reda Allah Bukan Reda Peminat!’

 


Baru-baru ni, pendakwah bebas Ustaz Elyas Ismail sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil beri teguran pedas buat golongan wanita – khususnya artis – yang seolah-olah memandang ringan isu membuka tudung.


Dalam satu video di Instagram miliknya, Ustaz Elyas menegaskan bahawa menutup aurat bukan soal pilihan peribadi atau nak nampak hipokrit, tetapi ia adalah arahan jelas daripada Allah SWT.


Katanya lagi, alasan seperti “tak pakai tudung tapi hati baik” atau “tak nak hipokrit” sebenarnya tidak boleh dijadikan hujah untuk menolak kewajipan menutup aurat.


“Bertudung itu perintah Allah. Kalau kata lebih dekat dengan Tuhan tanpa tudung, itu ayat apa? Kalau nak dekat dengan Allah, kena ikut apa yang Allah suruh,” tegas beliau.


“Tanda Wanita Baik”


Menurut Ustaz Elyas, menutup aurat bukan sahaja tanda ketaatan, tetapi juga cara seorang wanita dikenali sebagai perempuan yang baik dan terpelihara. Malah ia juga melindungi daripada gangguan tidak sepatutnya.


Beliau turut mengingatkan bahawa kebaikan dalaman sahaja tidak cukup jika dalam masa sama kita mengabaikan suruhan Allah.


“Jangan guna alasan ‘kalau saya bertudung pun hipokrit buat apa’. Ini bukan soal hipokrit, ini arahan Allah,” jelasnya lagi.


Reda Allah Lebih Penting


Ustaz Elyas sempat mengingatkan bahawa mencari reda manusia semata-mata hanya akan membuatkan hidup seseorang itu terumbang-ambing.


“Kalau kita buat sesuatu kerana Allah, walaupun manusia marah, Allah akan cukupkan keperluan hidup kita. Tapi kalau kita sibuk nak jaga hati manusia sampai sanggup abaikan Allah, maka Allah biarkan saja kita dalam kesusahan,” katanya.


👉 Apa pendapat korang? Adakah alasan “tak nak hipokrit” boleh diterima, atau sebenarnya itu hanya cara untuk sedapkan hati?


Kalau korang rasa isu ni penting, jangan lupa share artikel ni dengan kawan-kawan supaya lebih ramai sedar tentang mesej Ustaz Elyas ni. 🌸

Previous Post Next Post

Contact Form