Assalamualaikum semua… hati saya berat nak tulis ni, tapi sebagai peminat Pasya dan juga manusia yang prihatin, berita ini memang menyentuh jiwa. 😢
Penyanyi kesayangan ramai, Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraff Fauzi, berkongsi berita yang sangat menyedihkan — bapanya telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru tahap empat pada pagi Sabtu, 13 September 2025. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 7 pagi, pada usia 65 tahun.
Dalam perkongsian penuh emosi , Pasya menceritakan bagaimana ayahnya telah bertarung dengan penyakit ini selama beberapa bulan. Malah, sepanjang tiga bulan Pasya sibuk dengan program Raise The Star, ayah tercinta masih keluar masuk wad. 😔
Apa yang lebih menyayat hati, ayah Pasya pergi di pangkuannya sendiri selepas bergilir menjaga sepanjang malam. “Biasanya malam ayah okay tidur, tapi malam semalam lain sikit… pagi ini sekitar 7 pagi ayah saya menghembuskan nafasnya yang terakhir,” katanya dengan suara pilu.
Pasya juga menyatakan bahawa walaupun doktor ada memaklumkan jangka hayat ayahnya mungkin enam bulan lagi, Allah lebih menyayanginya. “Kami cuba positif depan ayah, walaupun hati hancur dan sedih sangat,” tambahnya.
Kita sebagai pembaca hanya mampu doakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan memberikan kekuatan kepada Pasya serta keluarga untuk menghadapi kehilangan ini.
💔 Sesuatu yang benar-benar menyentuh hati — anak menjaga ayah sehingga nafas terakhirnya.