Pemergian mengejut penyanyi tersohor India, Zubeen Garg, meninggalkan peminatnya dalam keadaan terkejut dan berduka. Kejadian tragis berlaku pada Jumaat, ketika Zubeen, 52, sedang menikmati aktiviti skuba di Singapura.
Menurut laporan, penyanyi popular ini dikejarkan ke hospital berdekatan oleh pasukan penyelamat selepas mengalami kesulitan di dalam air. Malangnya, semua usaha gagal dan Zubeen disahkan meninggal dunia akibat lemas.
Zubeen sebenarnya berada di Singapura untuk menghadiri Festival India Timur Laut edisi ke-4, dan dijadualkan membuat persembahan pada Sabtu, namun takdir berkata lain.
Dalam beberapa video yang tular di media sosial, Zubeen dilihat begitu gembira ketika melakukan aktiviti skuba bersama ahli keluarga dan rakan-rakannya. Terjunan pertama dilakukannya dengan memakai jaket keselamatan, namun pada terjunan kedua, dia masuk ke laut tanpa jaket keselamatan. Sayangnya, gelombang laut yang kuat menyebabkan dia gagal mengawal dirinya.
Peminat di seluruh dunia kini berkongsi kenangan dan video Zubeen, mengenang bakatnya yang memukau dan personaliti yang peramah. Kehilangannya pasti meninggalkan kosong yang besar dalam dunia muzik India dan peminatnya di seluruh dunia.
Tragedi ini menjadi peringatan bahawa keselamatan adalah perkara utama, walaupun bagi mereka yang berpengalaman dalam aktiviti lasak.
