Siapa sangka, walaupun dah lebih 10 tahun bercerai, hubungan Tom Cruise dan Katie Holmes masih jadi bualan hangat netizen. Terbaru, heboh cerita kononnya Tom Cruise, 63, berang selepas bekas isterinya didakwa ‘skodeng’ kisah cintanya dengan pelakon jelita, Ana de Armas. 😲✨
Apa yang berlaku sebenarnya?
Menurut laporan antarabangsa, Tom tak senang hati bila Katie Holmes dikatakan menekan butang ‘like’ pada hantaran Instagram yang memaparkan momen romantik Tom & Ana ketika keluar dating di sebuah restoran mewah di London.
Walaupun nampak macam kecil je hal ni, tapi bagi Tom, ia dianggap “gangguan privasi” sebab mereka dah lama tak berhubung sejak bercerai pada tahun 2012.
Netizen mula berbelah bahagi 🤯
Seperti biasa, netizen cepat bertindak – ada yang simpati pada Katie, ada juga yang menyokong Tom.
Antara komen yang jadi perhatian:
“Kita semua pernah berada dalam situasi tu. Dah janji tak nak tekan like… sekali tersalah tekan! Kesian Holmes.”
Ada juga yang rasa tindakan Katie macam terdesak untuk tarik perhatian semula.
Trauma lama masih menghantui Tom 😔
Menurut sumber terdekat, Tom sebenarnya masih belum move on sepenuhnya dengan cara perkahwinan mereka berakhir.
“Semalam mereka masih bersama, esoknya Katie dah bawa peguam, keluar rumah dengan anak. Tom rasa ia pengkhianatan besar.”
Perkahwinan mereka dulu hanya bertahan 6 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suri. Sejak bercerai, kedua-duanya tak pernah berhubung langsung.
Drama Hollywood yang tak pernah habis 🍿
Kisah Tom Cruise ni memang tak pernah sunyi daripada perhatian dunia. Dari gosip cinta, populariti, sampai isu keluarga – semuanya jadi tajuk utama. Dan kali ini, ‘like’ kecil Katie Holmes berjaya buat satu dunia bercakap.
👉 Jadi, korang rasa tindakan Katie tu sekadar tersalah tekan like atau memang sengaja nak bagi Tom panas hati?
Jom share pendapat korang kat ruangan komen! 🔥
.jpg)