Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

“Tiada Gaduh, Hanya Sakit Misteri” – Tragedi Pengarah Ejen Ali Bikin Ramai Terkedu


 Ramai yang masih terkejut dengan berita pemergian pengarah animasi popular Ejen Ali, iaitu Andi Abdul Ghani Kadir, yang ditemui tidak bernyawa selepas dipercayai terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, Sandakan, Sabah.


Berita ini menjadi tular kerana ramai tertanya-tanya – adakah ia berpunca daripada pergaduhan rumah tangga? Namun, polis akhirnya tampil memberi penjelasan sebenar.


👉 Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi, tiada sebarang insiden pergaduhan dengan isteri sebelum tragedi itu berlaku.


“Tiada insiden gaduh. Tiba-tiba sampai jambatan, mangsa arahkan isterinya berhenti kereta, kemudian dia keluar berlari sebelum dilihat kali terakhir di jambatan sungai,” katanya.


Isteri beliau yang berada bersama ketika itu dikatakan hanya mampu melihat keadaan mengejut tersebut. Lebih menyedihkan, mangsa dipercayai mengalami ‘sakit misteri’ sebelum insiden berlaku.


🚗 Difahamkan, pasangan ini sebenarnya sedang dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu. Namun, takdir Allah lebih dulu menjemput beliau.


Pasukan penyelamat kemudian berjaya menemukan mayat mangsa sehari selepas laporan kehilangan dibuat.


Berita ini tentunya meruntun hati ramai, lebih-lebih lagi selepas kejayaan besar Ejen Ali The Movie 2 yang mengutip lebih RM15.3 juta hanya dalam 4 hari tayangan.


Arwah Andi Abdul Ghani bukan sekadar seorang pengarah, tetapi juga insan seni yang telah mengangkat nama animasi tempatan ke tahap lebih tinggi.


✨ Al-Fatihah buat arwah. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi ujian ini.


Korang yang minat Ejen Ali, pernah tengok filem atau ikuti siri animasinya, mesti turut terasa kehilangan ini. 😢

👉 Jangan lupa share artikel ini supaya lebih ramai tahu cerita sebenar di sebalik tragedi ini.

Previous Post Next Post

Contact Form