Wow guys! Nama besar dalam dunia dangdut, Amelina, kini bakal kongsi pentas dengan ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista, dalam konsert Inul Daratista Live In Malaysia: Millennial Dangdut Nusantara! 🔥
Bagi Amelina sendiri, peluang ni ibarat emas kerana bukan sahaja dapat berduet dengan legenda dangdut, malah dapat mengangkat semula irama dangdut Malaysia ke mata dunia.
“Dia ni legend! Sebelum saya jadi penyanyi pun, nama Inul Daratista dah jadi fenomena. Sampai sekarang masih kekal sebagai ikon dangdut paling popular,” – Amelina.
Amelina Idolakan Inul Sejak Dulu Lagi
Amelina akui memang dah lama kagum dengan perjalanan seni Inul. Jadi bila dapat peluang sepentas, of course dia teruja habis!
Tambahnya lagi, walaupun dangdut berasal dari Indonesia, Malaysia juga ada identiti tersendiri yang unik dan berbeza. Persembahan Amelina lebih kepada gaya manja, gedik-gedik dan berinteraksi dengan penonton – bukan sekadar goyang semata-mata. 😉
“Kalau penonton bagi energy, saya pun naik semangat! Tapi kalau penonton senyap… aduh rasa kalah pula,” selorohnya.
Comeback ke Indonesia?
Menariknya, Amelina juga berharap kolaborasi ini jadi pintu rezeki untuknya kembali dikenali di Indonesia selepas sekian lama tak menerima undangan persembahan di sana.
“Alhamdulillah undangan di Malaysia masih banyak, tapi saya harap kali ni rezeki kembali terbuka di Indonesia,” katanya penuh harapan.
Konsert Gempak di Pulau Pinang!
📍 Setia Spice Arena, Pulau Pinang
📅 6 Disember 2025
Selain Amelina dan Inul, konsert ni juga bakal dimeriahkan oleh Baby Shima, Mohram, dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) pimpinan Mohd Yazid Zakaria. Confirm malam tu akan jadi satu pesta dangdut Nusantara yang tak boleh dilepaskan! 🎶
✨ So guys, korang team Inul atau team Amelina? Atau dua-dua sekali? 😍 Apa pun, konsert ni memang wajib masuk calendar – sebab bila lagi nak tengok dua ratu dangdut ni sepentas kan?
👉 Jangan lupa share artikel ni dengan kawan-kawan geng dangdut korang supaya semua boleh meriahkan malam legend ni sama-sama!