Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar duka apabila bapa kepada pelakon dan pelawak terkenal Amir Raja Lawak, iaitu Azmi Deris, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan pada malam Isnin.
Berita sedih ini dikongsikan sendiri oleh Amir, 36, melalui hantaran ringkas di akaun Facebook miliknya.
“Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun.
Dukacita dimaklumkan abah saya, Azmi (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.
Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga. Aamiin.”
Amir turut memaklumkan bahawa jenazah arwah bapanya akan dikebumikan pagi Selasa di Tanah Perkuburan Islam Makam Tok Kenali, Kubang Kerian selepas disolatkan di Masjid Desa Rahmat pada pukul 9 pagi.
🌸 Sebelum ini, sekitar Julai lalu, Amir pernah berkongsi bahawa bapanya menghidap kanser usus dan kesihatannya semakin hari semakin merosot. Malah, Amir sempat membuat rayuan kepada pihak stesen TV supaya melunaskan baki bayaran kerjanya kerana khuatir perlu menampung kos rawatan bapanya.
Kini, setelah beberapa bulan bertarung dengan penyakit, akhirnya Allah menjemput arwah pulang ke negeri abadi.
Amir menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan arwah ayahnya.
“Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah abah saya.”
Semoga roh Allahyarham Azmi Deris dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Salam takziah buat Amir sekeluarga. 🌹
👉 Al-Fatihah buat arwah. Mari kita sama-sama hadiahkan doa semoga roh beliau tenang di sisi-Nya.