Rahsia Mira Filzah Paksa Diri Ke Gim Walau Sibuk – Cara ‘Unik’ Buat Ramai Terkejut!


 Siapa kata hidup selebriti itu mudah? Walaupun sentiasa nampak langsing dan bertenaga, Mira Filzah mengakui bahawa dia bukanlah seorang yang konsisten bersenam! 😲


Dalam sesi soal jawab santai di Instastorynya baru-baru ini, pelakon kesayangan ramai, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, mendedahkan rahsianya untuk tetap ‘mencabar’ diri ke gim walaupun kurang disiplin.


“Saya memang tak ada rutin bersenam sebab saya tak berdisiplin bab itu,” kongsi Mira jujur.


Tapi jangan risau, Mira ada cara ‘unik’ dan berkesan untuk paksa diri hadir ke gim. Cara dia? Ambil pakej banyak-banyak!


“Contohnya saya bayar terus 24 sesi personal trainer. Bila rasa malas, saya fikir balik… ‘Eh, dah bayar, sayangnya duit, membazir!’ Lepas tu terus gagahkan diri pergi juga,” katanya sambil ketawa. 😅


Selain menggunakan jurulatih peribadi, Mira juga suka kelas pilates sebagai alternatif untuk kekal sihat dan cergas.


Walaupun mengakui sudah lama tidak bersenam kerana jadual kerja padat, Mira kini bertekad untuk mulakan semula rutin kecergasan selepas tidak lagi terikat dengan penggambaran drama.


“Ini pun dah lama tak bersenam… Baru nak mula balik sebab dah tak terlibat dalam sesi penggambaran,” jelasnya.


Nampaknya rahsia Mira ini boleh jadi tips motivasi hebat untuk kita semua! Kadang-kadang, cara paling berkesan untuk disiplin diri bukan sekadar azam, tapi strategi bijak macam yang Mira lakukan. Jadi, kalau korang susah nak pergi gim, mungkin boleh cuba trik bayar awal banyak-banyak sesi – sayang duit tu memang kuat motivasi! 💪✨

Previous Post Next Post

Contact Form