Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

Panas! Choo Young Woo Dikecam Gara-Gara ‘Casing Phone’ Berunsur Pedofilia? Netizen Naik Hantu!

 


Nama Choo Young Woo memang tengah meletup sekarang. Bukan calang-calang pelakon, dia pernah mewarnai drama hit macam The Trauma Code: Heroes on Call, Mercy for None dan Head Over Heels. Malah, bulan lepas dia sempat mengalahkan ramai pelakon besar Korea bila tersenarai sebagai pelakon paling popular Julai 2025.


Tapi sayang seribu kali sayang… populariti tu nampaknya mula tercalar bila satu isu panas mula tular. Semuanya berpunca daripada casing telefon yang digunakan Young Woo di sebuah acara baru-baru ni.


Apa Yang Jadi Isu Sebenarnya? 🤔


Foto casing tersebut tersebar di forum dalam talian, dan netizen mula membicarakannya habis-habisan. Rekaannya memaparkan seorang gadis berpakaian sekolah berdiri di depan bangunan dengan tulisan besar “adult goods”.


Lagi mengejutkan, ada frasa “High School Girls of Akihabara” – yang merujuk kepada perniagaan “JK” di Jepun. Kalau anda nak tahu, ‘JK’ ni biasanya bermaksud temu janji berbayar bersama gadis berseragam sekolah – satu konsep yang sering dikaitkan dengan eksploitasi seksual remaja bawah umur.


Rupa-rupanya, imej itu dipercayai berasal dari akaun Instagram seorang ilustrator yang memang terkenal hasilkan karya mencurigakan dengan tema gadis sekolah.


Netizen Terus ‘Meletup’ 🚨


Tak tunggu lama, ramai yang marah dan kecewa dengan Young Woo. Ada yang anggap dia tidak sensitif dan secara tak langsung mempromosikan budaya yang salah. Antara komen pedas netizen:


“Pelukis tu jelas pedofilia. Jijik betul, rasa nak muntah.”


“Macam mana orang boleh pertahankan benda ni? Lelaki dewasa dengan wallpaper budak sekolah… tak masuk akal.”


“Seorang lelaki dewasa simpan gambar macam ni? Seram!”


Young Woo Belum Bersuara 🙊


Setakat artikel ini ditulis, Choo Young Woo masih belum keluarkan sebarang kenyataan rasmi. Netizen pula semakin rancak berbincang, ada yang minta dia beri penjelasan segera sebelum imejnya terus tercalar.


🔥 Apa pendapat anda? Adakah ini hanya salah faham atau memang wajar netizen marah? Komen sikit pandangan anda sebab isu ni memang tengah jadi bualan hangat!

Previous Post Next Post

Contact Form