Siapa je tak kenal Salman Khan, pelakon Bollywood legend yang masih jadi rebutan ramai walaupun dah mencecah usia 59 tahun. Terbaru, dia buat pengakuan jujur yang agak mengejutkan bila mendedahkan dirinya sendiri punca kegagalan percintaan sebelum ini. 😲
“Kalau tak jadi, memang tak jadi. Kalau ada individu yang patut dipersalahkan, sayalah sendiri,” – Salman Khan.
Salman berkongsi kisah hidupnya menerusi program bual bicara Two Much di Prime Video yang dihoskan oleh Twinkle Khanna dan Kajol.
💔 Trauma Cinta Lama Masih Membekas
Untuk korang yang mungkin tak tahu, Salman pernah hampir mendirikan rumah tangga dengan aktres Sangeeta Bijlani pada tahun 1994. Tapi semuanya berkecai hanya beberapa hari sebelum majlis. Puncanya? Salman dikatakan curang dengan Somy Ali.
Sejak daripada itu, trauma kegagalan rumah tangga yang tak jadi masih menghantui dirinya sampai sekarang. Mungkin sebab itulah Salman masih bujang walaupun dah nak masuk 60 tahun.
👨👧 Impian Jadi Bapa
Walaupun gagal dalam percintaan, Salman tetap menyimpan impian besar untuk bergelar seorang bapa.
Katanya, cepat atau lambat… satu hari nanti dia pasti akan ada anak juga. Harapan Salman ni buat ramai peminat teruja, sebab mereka memang nak tengok pelakon filem Bajrangi Bhaijaan tu jadi seorang ayah.
💬 Nasihat Tentang Cinta
Menariknya, Salman juga sempat berkongsi nasihat tentang hubungan. Katanya, cinta boleh runtuh bila pasangan tidak berkembang seiring.
“Apabila seorang pasangan berkembang lebih daripada seorang lagi, di situlah mula timbul jurang dan rasa tidak selamat. Jadi kedua-duanya kena berkembang bersama dan saling beri ruang,” jelas Salman.
👉 Apa pendapat korang? Patut ke Salman cari pasangan baru sekarang atau terus kekal bujang dengan impian nak timang anak tanpa perkahwinan?
Jangan lupa share artikel ni dengan geng #TeamSalman korang! 🔥

