“Janna Nick Balik Kampung Sebelum Berhijrah Ke Luar Negara – Momen Manja Dengan Datuk & Nenek Yang Mengundang Sebak!”


 Siapa je yang tak sayu bila tengok orang tersayang nak pergi jauh, kan? Baru-baru ini, pelakon popular Janna Nick atau Nurul Jannah Muner, 30, berkongsi berita gembira tapi juga sedikit sebak – dia dan suami, Dini Schatzmann, bakal berhijrah ke luar negara buat sementara waktu.


Tapi sebelum mereka berangkat, Janna sempat luangkan masa yang sangat bermakna dengan datuk dan neneknya di Kedah. Dalam momen yang dikongsi di TikTok, Janna nampak begitu manja dengan kedua orang tersayangnya. Tak cukup dengan itu, Janna juga masuk dapur untuk membantu neneknya memasak – momen yang bukan sahaja menghangatkan hati tetapi juga bakal menjadi kenangan manis sebelum berjauhan.


“Tinggal beberapa hari lagi sebelum kami pindah. Balik kampung ni, nak ucap selamat tinggal tapi bukan selamanya,” kongsi Janna sambil tersenyum.


Video yang dikongsi memperlihatkan Janna menikmati air tangan neneknya dengan penuh berselera. Jelas terlihat betapa beliau menghargai setiap detik yang diluangkan bersama. Janna turut menyentuh mengenai perubahan keadaan neneknya, yang kini sudah tidak lagi kuat seperti dulu.


“Tok cakap dia tak larat masak tapi masih degil nak juga. Dulu lauk penuh atas meja, sekarang Tok dah tak ada daya, tapi rasa masakan masih sama,” katanya.


Tak hanya itu, Janna juga berkongsi gelagat datuknya yang teruja setiap kali cucunya pulang. Namun, kesihatan datuknya agak uzur selepas mengalami masalah kesihatan baru-baru ini sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.


“Tok wan pula teruja setiap kali cucu dia balik. Perangai Dini sama macam tok wan, suka berkemas tapi Tokwan dah tak larat. Setiap kali saya nak balik, dia akan menangis. Terima kasih tok wan dan tok ajar angah apa itu erti kasih sayang yang sebenar,” luah Janna.


Selain keluarga, keputusan Janna untuk berhijrah turut diraikan rakan-rakan terdekat. Pelakon Puteri Sarah Liyana misalnya mengadakan majlis perpisahan yang penuh emosi.


“Farewell party untuk Janna Nick, nak nangis nanti bff saya sudah tiada. Jaga diri di sana nanti. Saya pasti akan merindui awak nanti,” luah Puteri Sarah.


Momen-momen sebegini memang menghangatkan hati dan buat kita sedar betapa pentingnya luangkan masa dengan orang tersayang sebelum melangkah ke fasa baru dalam hidup.


Kalau awak nak tengok video manja Janna bersama datuk neneknya, boleh klik di sini untuk TikTok Janna Nick dan saksikan sendiri momen yang buat hati tersentuh! ❤️

Previous Post Next Post

Contact Form