Giveaway: SUBSCRIBE our youtube channel to stand a chance to win an iPhone 17 Pro

“Heboh! Mayat Reput Ditemui Dalam Tesla Milik Penyanyi D4vd – Apa Sebenarnya Berlaku?”

 


Eh, korang! Baru-baru ni Los Angeles kecoh bila polis jumpa mayat reput dalam Tesla milik penyanyi terkenal, D4vd! 😱


Menurut laporan dari NBC, kejadian ini berlaku selepas penduduk di North Mansfield Avenue buat aduan bau busuk yang kuat keluar dari sebuah kondominium. Bayangkan bau sampai jiran-jiran terpaksa buat laporan polis.


Apa yang mengejutkan, mayat itu ditemui dalam beg, diletakkan di bonet hadapan Tesla milik D4vd sendiri. Kereta itu kemudiannya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.


Hasil siasatan awal, Tesla itu berdaftar atas nama David Anthony Burke, 20 tahun, atau lebih dikenali sebagai D4vd, berasal dari Hempstead, Texas.


Wakil penyanyi itu pula memaklumkan, D4vd sedang sibuk dengan jelajah konsert dan dijadualkan membuat persembahan di The Fillmore, Minneapolis, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, dia sudah dimaklumkan tentang insiden ini dan bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.


Tapi, akibat daripada berita ini, beberapa jenama besar seperti Crocs dan Hollister dilaporkan menarik diri daripada kempen yang menampilkan D4vd.


Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti, dan pihak polis masih teruskan siasatan.


Kalau korang nak tahu perkembangan terbaru tentang kes ini, stay tuned sebab cerita ini dijangka akan jadi heboh sepanjang minggu ni! 🔥

Previous Post Next Post

Contact Form