Kalau ikut logik, bakat pelakon patut jadi penentu utama untuk dapat tawaran berlakon kan? Tapi nampaknya dalam industri hiburan sekarang, ada faktor lain yang makin pelik – iaitu jumlah follower di media sosial. 😱
Pelakon kacak, Adam Shahz baru-baru ini meluahkan rasa bengang di laman Threads apabila dirinya terlepas peluang berlakon gara-gara follower Instagram kurang daripada 500,000.
“Kau nak cari pelakon ke cari follower?” – luah Adam dengan nada kecewa.
Adam, atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani (44), dedahkan perbualannya dengan seorang pengurus produksi yang secara terang-terangan kata penerbit hanya nak pelakon dengan follower lebih 500K.
Masalahnya, follower Adam sekarang sekitar 179,000 sahaja – terus tak layak walaupun bakat lakonan bukan calang-calang.
“Kalau Dah Capai 500K, Lepas Tu Tak Ambil Juga… Aku Dedahkan!”
Adam siap warning lagi – kalau dah cukup follower pun masih kena tolak, memang dia akan buka mulut besar-besaran. Fuh, berani betul! 🔥
Kenyataan Adam ni terus jadi bualan netizen. Ramai yang tak setuju bila bakat diketepikan semata-mata nak kejar angka follower.
Tapi dalam masa sama, Adam akui mungkin ada sebab pihak produksi berbuat demikian – kononnya ia boleh beri impak pada data tontonan drama atau filem.
Netizen Pun Berbelah Bagi
Ada yang simpati dengan Adam dan kata sepatutnya kualiti lakonan jadi ukuran, bukan populariti di media sosial. Tapi ada juga yang faham cara fikir penerbit – sebab dunia hiburan sekarang memang banyak bergantung pada “nama besar” untuk tarik penonton.
Apa pun, Adam tetap berharap agar bakat pelakon diberi perhatian utama, bukannya angka di Instagram.
👉 Korang rasa patut ke syarikat produksi utamakan follower daripada bakat sebenar? Atau memang ini realiti baru dunia hiburan sekarang?

