Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

“Duka Bertimpa: Selepas Setahun Ibu Pergi, Bapa Khai Bahar Pulak Pergi Menyusul”


 Rasanya dunia Khai Bahar diuji bertubi-tubi… Selepas kehilangan ibu tercinta tahun lalu, kini berita duka datang sekali lagi apabila bapa tersayang, Muhammad Khairul Baharuddin, meninggal dunia pada Jumaat malam, kira-kira pukul 9 malam. 😢


Berita ini mula tersebar apabila beberapa kenalan rapat keluarga berkongsi di media sosial, dan kemudian mendapat perhatian ramai peminat Khai.


Walaupun Khai masih belum keluarkan kenyataan rasmi, dia sempat berkongsi semula berita pemergian bapanya di Instagram Story. Rata-rata pengikutnya menitipkan ucapan takziah, doa dan kata-kata semangat buat Khai serta adiknya, Kyra Bahar.


Bayangkan, hanya setahun lalu Khai kehilangan ibu tercinta, Rosnah Muhammad, yang meninggal pada 2 Januari 2024 di Kangar, Perlis. Sekarang, dia diuji sekali lagi dengan kehilangan bapa. Pasti bukan mudah untuk terus tabah menghadapi dugaan sebegini. 💔


“Takziah buat keluarga Khai. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Kuat betul ujian seorang Khai Bahar… Allah sayang kamu, teruslah tabah wahai Hero,” kata peminat di media sosial.


Sehingga kini, belum ada maklumat lanjut mengenai punca kematian dan lokasi pengebumian arwah. Usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Khai juga tidak berjaya.


Kami semua doakan Khai dan keluarganya terus kuat menghadapi dugaan ini. Semoga Khai terus tabah dan diberi kekuatan menghadapi kehilangan yang bertimpa-timpa ini. 🕊️

Previous Post Next Post

Contact Form