Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

“Dia Lelaki Terbaik!” – Amira Othman Kongsi Khabar Gembira Bakal Nikah Dengan Fattah Amin!


 Siapa yang tak teruja bila selebriti kegemaran kita akhirnya berkongsi berita gembira? Penyanyi cantik Amira Othman, 32, kini sedang menghitung hari untuk bergelar isteri kepada pelakon popular, Fattah Amin. Dan katanya, sikap terpuji Fattah membuatkan hati Amira jatuh penuh! 😍


Amira, atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, tak lokek berkongsi tentang bakal suaminya. “Bagi saya, dia memang seorang lelaki yang baik, malah juga anak yang baik,” ujar Amira. Kata-kata ini cukup untuk buat peminat tersenyum lebar!


Bukan sekadar itu, Amira yakin komunikasi adalah kunci utama keharmonian rumah tangga. Menurutnya, setiap masalah pasti boleh diselesaikan jika dibincangkan dengan baik.


"Kalau kita berbincang pun tak ada jadi marah-marah, kita bincang pun tak ada jadi macam memudaratkan. Itu saja yang saya rasa saya perlukan, orang yang baik-baik supaya semuanya ada toleransi. Saya hanya mampu berdoa dan Insya-Allah saya harap yang terbaik untuk saya dan semua," kata Amira penuh harapan.


Amira juga meluahkan rasa lega kerana akhirnya dapat menunaikan janji kepada peminat untuk berkongsi berita gembira ini. “Setiap kali kami diwawancara, bila ditanya soalan ini, kami berjanji jika ada, pasti kami kongsi. Jadi kami melunaskan janji itu,” katanya lagi.


Sementara itu, Fattah Amin, 35, juga tidak ketinggalan memuji keperibadian Amira. “Dia seorang yang penuh adab, sopan santun dan baik juga,” ujar Fattah ringkas tapi manis. 💕


Dan berita baiknya, tarikh pernikahan mereka telah diumumkan! Pasangan ini bakal mengikat tali pertunangan pada 14 September 2025, bersempena ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35. Bagi peminat yang tidak sabar, jangan risau – majlis ijab kabul mereka akan disiarkan secara langsung di Unifi TV pukul 8 malam.


Sebagai info tambahan, Fattah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Fazura pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia 5 tahun. Kini, peminat bersedia menyaksikan babak baru dalam hidup Fattah bersama Amira! ✨

Previous Post Next Post

Contact Form