Kalau korang ikut perkembangan selebriti tanah air, mesti ingat betapa istimewanya perjalanan Angeline Tan sejak memeluk Islam. Baru-baru ini, pelakon kesayangan ramai ini mencuri perhatian lagi apabila dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul 2025 bagi kategori Saudara Baru Cemerlang! 🌟
Majlis penuh berprestij ini berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, dan yang paling mengharukan, anugerah ini disampaikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di hadapan pemimpin negara serta tokoh agama.
Angeline, 57 tahun, jelas terharu dengan pengiktirafan ini. Dalam kenyataannya kepada media, dia berkata:
“Saya rasa sangat bersyukur dan terharu. Macam tak percaya dipilih untuk terima anugerah yang sangat besar pada hari penuh keberkatan ini.”
Bagi yang tidak tahu, Angeline Tan memeluk Islam pada 26 September 2023, dan sejak itu aktif dalam pelbagai program dakwah serta perkongsian ilmu bagi memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Muslim. Anugerah ini bukan sekadar simbolik, malah menjadi pemangkin semangatnya untuk terus menyebarkan mesej Islam yang sebenar.
“Sejak saya masuk Islam, saya pernah kata pada diri sendiri, misi saya adalah untuk sebarkan Islam yang sebenar. Saya nak bantu orang bukan Islam faham agama ini dengan betul, supaya tak ada lagi salah faham. Bila semua faham, insya-Allah negara jadi lebih aman dan damai,” ujarnya penuh emosi.
Tapi yang paling menyentuh hati ramai ialah penghargaan Angeline kepada suaminya, Sabri Yunus, yang banyak membimbingnya sepanjang perjalanan memahami Islam. 😭❤️
“Anugerah ini juga saya titipkan buat Sabri dan keluarga. Kalau bukan sebab Sabri saya tak dapat hayati Islam,” jelas Angeline.
Untuk rekod, Angeline dan Sabri mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2023 dalam majlis tertutup di Kangar, Perlis. Sejak itu, pasangan ini sering menjadi inspirasi ramai kerana kisah cinta dan keimanan mereka berjalan seiring, membuktikan bahawa kasih sayang dan sokongan pasangan boleh jadi pendorong terbesar dalam hidup seseorang.
Kalau korang rasa terinspirasi dengan perjalanan Angeline, jangan lupa kongsi artikel ini dengan kawan-kawan. Siapa tahu, kisah penuh inspirasi ini boleh jadi dorongan untuk kita semua menghargai perjalanan hidup dan keimanan kita sendiri. ✨
.png)