Giveaway: SUBSCRIBE saluran youtube kami untuk berpeluang memenangi iPhone 17 Pro

Daniesh Suffian Pilih ‘Jalan Bersih’! Tak Nak Tumpang Populariti, Tapi Yakin Rezeki Pasti Datang


 Kalau sebut pasal industri hiburan, ramai yang fikir jalan cepat untuk naik popular adalah dengan kontroversi atau gosip panas. Tapi tidak bagi Daniesh Suffian!


Penyanyi dan pelakon muda ini, yang sudah lebih tujuh tahun bergelar anak seni, masih kekal dengan prinsipnya: “bersih, jujur, dan fokus pada bakat sendiri.”


“Memang ada jalan mudah agar terus dikenali, tapi saya pilih cara bersih. Kalau buat kontroversi atau publisiti murahan, saya tak mahu perkara itu beri kesan pada keluarga,” – Daniesh Suffian


Biarpun namanya belum seterkenal sesetengah rakan artis, Daniesh tetap yakin bahawa kejayaan akan datang pada masanya. Dia menanam keyakinan dalam diri bahawa usaha dan bakatnya tidak akan sia-sia.


Kekuatan terbesar? Keluarga!


“Semua ini rezeki, tak boleh paksa. Saya terapkan dalam diri untuk tak mudah mengalah. Saya yakin satu hari nanti akan berjaya. Ibu bapa adalah kekuatan dan mereka sentiasa beri sokongan.”


Daniesh juga menepis tanggapan bahawa kolaborasi dengan artis lain seperti Bella Astillah dan Azharina Azhar adalah cara untuk menumpang populariti.


“Bagi saya itu peluang, bukan menumpang populariti. Saya pun tak pernah paksa orang untuk kolaborasi bersama, semuanya atas persetujuan kedua-dua pihak,” tambahnya.


Jadi, bagi korang yang suka ikut perkembangan dunia hiburan, Daniesh Suffian adalah contoh artis yang pilih jalan bersih dan tetap berpegang pada prinsip sendiri.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang perkembangan terbaru Daniesh, jangan lupa follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Previous Post Next Post

Contact Form