Peminat Amy Mastura pasti ada rasa sedikit rindu bila melihat ikon era 90-an ini jarang muncul di kaca TV sekarang. Tapi, jangan risau, Amy ada sebab tersendiri!
Penyanyi dan pelakon tersohor, Amy Mastura Suhaimi, 54 tahun, baru-baru ini berkongsi bahawa dia memilih untuk memperlahankan karier seni buat sementara waktu. Dan alasan Amy memang cukup menyentuh hati – fokus untuk bekalan akhirat dan masa berkualiti bersama keluarga tercinta.
Dalam satu temubual santai semasa sidang media teater Cik Ros di Menara DBP, Amy mengakui pengalaman menyertai pertandingan realiti sebelum ini meninggalkan kesan mendalam.
“Saya tak suka pertandingan. Sekali tu pun cukup. Saya rasa menyesal seumur hidup. Tak nak dah, saya bertaubat.”
Bukan itu sahaja, Amy juga menafikan sebarang spekulasi kononnya dia “merajuk” dengan industri hiburan. Menurut Amy, ini semua berkaitan faktor usia dan rasa bahawa sudah tiba masanya untuk “slow down”.
“Nak kata tak minat, perasaan suka itu masih ada. Tapi saya rasa sudah tiba masanya untuk slow down. Umur pun dah ‘dekat’. Kalau kerja kerajaan pun, saya dah pencen. Jadi eloklah alihkan fokus kepada mencari bekalan akhirat,” katanya.
Walaupun begitu, Amy tetap terbuka untuk kembali ke pentas seni jika ada tawaran yang sesuai, penaja yang tepat, dan permintaan peminat.
Peminat Amy pasti faham – ini bukan selamanya, cuma perjalanan baru Amy kini lebih kepada nilai hidup, ibadah, dan keluarga. Sebuah langkah yang sangat dihormati oleh ramai.
✨ Peminat Amy, mari kita doakan agar perjalanan seni dan hidupnya sentiasa diberkati!
.jpg)