Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) di Arena of Stars, Genting Highlands memang lain macam auranya! ✨ Pentas gemilang itu jadi saksi apabila Aina Abdul muncul queen of the night dengan kejayaan membawa pulang empat trofi utama – memang padu habis!
Lagu ciptaan penuh Aina, “Jangan Mati Rasa Itu” bukan saja menang Lagu Terbaik, malah turut sapu kategori Lagu Pop Terbaik dan Vokal Wanita Terbaik. Dahsyat betul! 🔥 Lebih manis, Aina turut diumumkan sebagai pemenang Rakaman Album Terbaik untuk Imaji Deluxe Edition.
🌟 Dayang Nurfaizah Angkat Album Terbaik!
Kalau Aina bawa pulang banyak trofi, Dayang Nurfaizah pun tak kurang gahnya. Album Belagu II berjaya dinobatkan sebagai Album Terbaik, sekali gus melayakkan Dayang menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) RM200,000 – memang rezeki! 😍
Dayang juga menang kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Rindu Menyapa. Power!
🎶 Faizal Tahir & Bintang Lain Bersinar
Faizal Tahir pula raih 3 kemenangan termasuk kolaborasi mantap dengan Datuk M. Nasir dalam lagu Campak Bintang. Lagu nasyid Biar Satu Dunia Tahu bersama Mirwana juga menang, ditambah pula dengan lagu Bendera untuk kategori Lagu Perpaduan Terbaik. Patriotik betul! 🇲🇾
Ernie Zakri tak ketinggalan bila bawa balik dua trofi, antaranya kategori baru Kolaborasi Luar Negara Terbaik bersama Ade Govinda untuk lagu Masing-Masing.
Sementara itu, nama baru Reynald Guntabid terus mencuri tumpuan bila dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dan Vokal Lelaki Terbaik dengan lagu Lumangad Oku Dika.
🌹 TokTi Terima Anugerah Sri Wirama
Acara AIM24 kali ini juga beri penghormatan tertinggi kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang menerima Anugerah Sri Wirama – memang lagenda hidup kita! 👑
Selain barisan pemenang hebat, pentas AIM24 turut dimeriahkan persembahan gempak daripada nama-nama besar seperti Siti Nurhaliza, Exists, Shila Amzah, Masdo, Dolla dan ramai lagi.
🏆 Senarai Ringkas Pemenang AIM24
✨ Lagu Terbaik: Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
✨ Album Terbaik: Belagu II – Dayang Nurfaizah
✨ Vokal Wanita Terbaik: Aina Abdul
✨ Vokal Lelaki Terbaik: Reynald Guntabid
✨ Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik: Faizal Tahir & Datuk M. Nasir (Campak Bintang)
✨ Vokal Kumpulan Terbaik: Inteam (Nasab Nabi)
✨ Lagu Rock Terbaik: Akim & The Majistret (Saksama)
✨ Rakaman Lagu Terbaik: Ernie Zakri (Aura)
✨ …dan banyak lagi kategori yang meraikan bintang-bintang tempatan! 🌟
💬 Apa pendapat korang dengan kemenangan besar AIM24 kali ni? Patut tak Aina Abdul jadi big winner? Drop komen korang dekat bawah – dan jangan lupa SHARE artikel ni supaya lebih ramai tahu tentang kejayaan besar artis kita! 🚀

