Kisah rumah tangga yang menjadi perhatian ramai antara model Malaysia, Yasmine Ow, dan pelakon Indonesia, Aditya Zoni, akhirnya menemui noktah apabila pasangan ini sah bercerai talak satu pada Rabu lalu. Keputusan ini dibuat menerusi prosiding secara atas talian di Mahkamah Agama Cibinong, Bogor, Indonesia.
Apa yang lebih menyentuh hati, hak penjagaan anak tunggal mereka, Zayn Serdar Enver Warman, diberikan kepada Yasmine. Wanita anggun ini kini tekad untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Zayn yang kini berusia dua tahun.
Walaupun penceraian bukan sesuatu yang ingin dibanggakan, Yasmine meluahkan perasaannya dengan penuh ikhlas di laman Instagram. Menurutnya, keputusan ini diterima sebagai ketentuan hidup dan fokusnya kini hanyalah untuk membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang.
"Jujurnya, ini bukan sesuatu yang patut dibanggakan kerana Allah membenci penceraian, tetapi inilah jalan hidup saya. Saya ikhlas dan berharap anda semua faham dengan keputusan ini. Izinkan saya meneruskan kehidupan bersama Zayn," tulis Yasmine dalam Instastorynya.
Pasangan ini dilaporkan tidak tinggal sebumbung sejak tiga bulan yang lalu sebelum Yasmine memfailkan perceraian pada Mei lepas. Kini, Yasmine kembali menetap bersama keluarganya di Malaysia selepas kembali dari Indonesia.
Untuk makluman, Yasmine dan Aditya melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Disember 2021, namun perkahwinan mereka tidak mampu bertahan lama.
Kisah mereka mungkin sudah berakhir, tetapi kehidupan baru bersama anaknya Zayn baru sahaja bermula buat Yasmine.
Kalau rasa artikel ini menarik, jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan! Siapa tahu, mungkin mereka juga ada kisah atau pengajaran yang boleh dikaitkan dengan perjalanan hidup ini. 🌸