Tya Adnan mengejutkan ramai dengan penampilannya yang baharu, iaitu mengenakan niqab. Penampilan ini telah menarik perhatian ramai di Instagram, terutama di kalangan pengikutnya. Isteri kepada pelakon terkenal Shukri Yahaya ini, kini kelihatan lebih sopan dan elegan dalam imej terbarunya.
Ketika ditanya tentang perubahan penampilan isterinya, Shukri, yang berusia 36 tahun, menjelaskan bahawa Tya telah mula berniqab sejak pulang dari menunaikan umrah pada Februari lalu. Shukri turut menambah, perubahan ini sebenarnya sudah lama berlaku tetapi Tya jarang berkongsi perkembangan tersebut di media sosial.
“Saya rasa berniqab itu pilihan dia. Perubahan isteri saya itu sudah lama, sejak dia jarang berkongsi perkembangan di media sosialnya,” ujar Shukri ketika dihubungi oleh kami pada Selasa.
Shukri juga menceritakan bagaimana Tya pertama kali muncul dengan niqab semasa mereka menghadiri sebuah acara bersama. Pada mulanya, dia menyangka perubahan tersebut hanya sementara kerana baru pulang dari umrah. Namun, ternyata Tya memutuskan untuk terus berniqab sebagai langkah untuk mengelakkan maksiat.
"Awalnya kami sama-sama hadir sebuah acara bersama ketika itu dia memilih untuk berniqab. Bila ditanya, dia memang nak berniqab bagi mengelakkan segala maksiat. Tapi ketika itu saya rasa perubahan dia disebabkan baru pulang dari umrah. Tapi rupanya tidak… dia memang terus berniqab sejak itu,” jelas Shukri.
Sebagai suami, Shukri menyatakan sokongan penuhnya terhadap keputusan isterinya. Dia mengakui gembira dan bersyukur kerana mempunyai isteri yang menjaga auratnya dengan baik.
Selain itu, Tya juga baru-baru ini mengejutkan ramai dengan perkongsiannya mengenai pembelian kelengkapan jenazah. Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Tya dilihat mengenakan pakaian serba hitam dan wajahnya disunting menjadi kabur. Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai dan netizen turut mendoakan agar Tya terus istiqamah dalam perubahan positif ini.
Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda! Satu tindakan kecil dari anda dapat memberi inspirasi kepada orang lain. ✨ðŸ‘📲