Shiloh Jolie Pitt Gugat Nama Keluarga Brad Pitt: Apa yang Sebenarnya Berlaku?



Apa yang menyebabkan Shiloh Jolie Pitt, anak kepada pasangan terkenal Brad Pitt dan Angelina Jolie, mengambil keputusan mengejutkan ini? Menurut laporan terbaru, Shiloh telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan nama keluarga "Pitt" dari namanya. Keputusan ini dikatakan berpunca dari insiden peribadi yang sangat melukakan hati remaja tersebut.


Peguam Shiloh, Peter Levine, mengesahkan bahawa Shiloh membuat keputusan ini setelah melalui pengalaman yang sangat menyakitkan. Namun, beliau enggan mendedahkan butiran tentang apa yang sebenarnya berlaku antara Shiloh dan bapanya. Menurut Peter, keputusan ini adalah hak Shiloh selepas menghadapi peristiwa yang menyakitkan, dan beliau tidak pernah membuat kenyataan terbuka mengenai permohonan tersebut.


Peter juga mengkritik pihak yang tidak bertanggungjawab kerana telah mendedahkan perkara ini kepada media. Shiloh secara rasmi memfailkan permohonan untuk menggugurkan nama "Pitt" pada 27 Mei, bersamaan dengan hari ulang tahunnya yang ke-18.


Shiloh bukan satu-satunya anak yang memilih untuk menggugurkan nama keluarga bapa mereka. Dua anak angkat pasangan tersebut, Zahara Jolie-Pitt yang berusia 19 tahun dan Maddox Jolie-Pitt yang berusia 22 tahun, juga telah menggugurkan nama "Pitt." Walau bagaimanapun, mereka tidak membuat permohonan rasmi seperti yang dilakukan oleh Shiloh.


Untuk pengetahuan, Angelina Jolie dan Brad Pitt berkahwin pada tahun 2014, tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun sebelum mereka bercerai. Selain Shiloh, pasangan ini juga mempunyai beberapa anak lain, termasuk Pax Thien Jolie-Pitt, 20 tahun, Vivienne Jolie-Pitt dan Knox Jolie-Pitt, yang masing-masing berusia 15 tahun.


Apa Pendapat anda tentang keputusan Shiloh? Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda dan jangan lupa untuk meninggalkan komen!

Previous Post Next Post

Contact Form