Kak KM Makin Berani Berubah, Tapi Belum Sedia Bertudung Lepas Umrah!


Kak KM ubah penampilan seksi, tak janji pakai tudung selepas umrah


Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM, memohon agar orang ramai tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk melihatnya menutup aurat sepenuhnya selepas pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.


Menurut Kak KM, dia masih belum bersedia untuk mengubah penampilannya dan merasakan belum tiba masanya untuk berbuat demikian.


"Memang beribu-ribu komen saya terima mengenai umrah. Ramai yang nak tengok saya pakai tudung atau tidak.


"Jangan letak harapan terlalu tinggi, saya bukan ustazah... Saya hanya orang biasa dan belum lagi 'rasa' nak pakai tudung.


"Insya-Allah akan sampai masanya untuk saya berhijab, tapi buat masa ini, memang belum lagi," katanya kepada kami.


Kak KM menjelaskan bahawa dia tidak mahu memakai tudung hanya kerana desakan orang lain kerana bimbang ia tidak akan kekal lama. Menurutnya, biarlah niat untuk bertudung itu datang ikhlas dari hatinya sendiri tanpa sebarang paksaan.


"Saya tidak mahu balik-balik umrah terus pakai tudung. Memang ada rasa nak pakai tapi nanti takut tak sampai setahun buka tudung semula.


"Saya tak mahu jadi seperti itu. Biarlah saya pakai tudung bukan kerana orang yang suruh. Saya punya perangai bukan dengar cakap orang, saya akan ikut hati sendiri," katanya.


Walaupun begitu, Kak KM berkata selepas ini dia akan lebih menjaga cara pemakaiannya dan tidak akan berpakaian seksi.


"Mungkin saya akan jaga cara pemakaian, seksi itu memang insya-Allah dah tak ada. Kalau pakai baju apa-apa, kena pakai cover seperti jaket. Ini perkara pertama yang saya akan cuba buat dulu," katanya.


Pada 7 Julai lalu, Kak KM berangkat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci dengan ditemani oleh dua orang ibu saudaranya.


Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda! Mungkin ada yang boleh mengambil inspirasi dari perubahan Kak KM ini. Klik butang kongsi sekarang dan sebarkan cerita ini!

Previous Post Next Post

Contact Form