Gosip Dah Bertunang Merepek, Ruhainies Tak Mungkin Berkahwin dengan Aliff Aziz


BELUM pun reda kes ditangkap khalwat, tiba-tiba muncul pula gosip mengatakan pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz sudah melangsungkan pertunangan.


Menjawab mengenai dakwaan itu, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, memberi jaminan bahawa dia dan Aliff tidak mungkin menjalinkan sebarang ikatan perhubungan.


"Tak akan berlaku (bertunang). Tak ada la, hal itu pun (penyebaran berita pertunangan) merepek. Makin lama makin merepek.


"Saya pun tak tahu siapa yang buat benda itu. Tiba-tiba media jadikan ia bahan berita. Saya rasa sedihlah juga kerana berita tak sahih," katanya kepada kami.


Ruhainies mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui selepas sebutan kes khalwat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.


Dalam pada itu, Ruhainies juga enggan mengulas sindiran dan tuduhan bekas isteri Aliff iaitu Bella Astillah yang mendakwa dirinya sebagai perosak rumah tangga.


Menurut Ruhainies, perkara tersebut dianggap tidak relevan untuk dijawab kerana fokusnya kini mahu menyelesaikan kes khalwat.


"Soalan ini terlalu berat. Mengenai hal itu, apa yang boleh katakan... kes hari ini melibatkan khalwat, kalau boleh saya memang tak nak sentuh isu lain.


"InsyaAllah nanti kita jawab pada masa yang sesuai nanti," katanya.


Sementara itu, Ruhainies turut mengakui kontroversi kes khalwat ini sedikit sebanyak mengganggu emosi dan fikirannya.


"Tentulah rasa terganggu juga. Saya pun manusia biasa," ujarnya.


Untuk rekod, Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.


Pada 20 Jun lalu, mereka hadir ke mahkamah bagi lanjutan bon jaminan berkenaan kes khalwat.


Perbicaraan ditangguhkan pada 17 Oktober dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga dilanjutkan.


Jangan lupa untuk kongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda! Lagi ramai yang tahu, lagi best kita dapat bercerita sama-sama. Klik butang share sekarang!

Previous Post Next Post

Contact Form