Khai Bahar Jawab Tuduhan Kelab Malam: "Kalau Tak Ada Bukti, Jangan Cakap!"


Khai Bahar akhirnya tampil menjelaskan tuduhan liar yang mendakwa beliau gemar berparti di kelab malam. Penyanyi kesayangan ramai ini menyangkal tuduhan tersebut dan mencabar sesiapa sahaja yang mempunyai bukti untuk mengemukakannya.


Dalam sesi Media Gathering yang diadakan pada petang Rabu, Khai dengan tenang menjelaskan bahawa dakwaan itu tidak berasas sama sekali. Beliau menegaskan bahawa segala tuduhan tersebut hanya timbul tanpa sebarang bukti kukuh dan lebih kepada rekaan semata-mata.


"Kalau tak ada bukti jangan cakap! Saya kenal siapa kawan saya dan mereka juga faham keadaan saya," katanya.


Khai turut berkongsi bahawa tuduhan beliau gemar berparti timbul mungkin disebabkan kehadirannya di sebuah pusat karaoke untuk menyambut hari jadi rakannya beberapa tahun yang lalu, jauh sebelum ibunya jatuh sakit. "Saya bukan seorang yang baik tapi dakwaan gemar berparti itu tidak benar. Saya hanya pergi pusat karaoke, itu pun menyambut hari jadi seorang rakan," katanya lagi.


Sejak kesihatan ibunya merosot pada tahun 2022, Khai mendedahkan bahawa beliau jarang sekali keluar bersama rakan-rakan, apatah lagi berparti. Beliau lebih banyak menghabiskan masa di kampung halaman di Perlis untuk menjaga ibunya.


Selepas pemergian ibunya pada awal Januari lalu, Khai mengaku merasa kosong dan lebih memilih untuk fokus kepada karier dan perniagaannya. "Sekarang memang macam tiada hati. Fikiran saya kosong teringatkan arwah ibu. Saya rasa semua benda macam 'stuck'," katanya dengan penuh emosi.


Jadi, buat peminat dan pembaca sekalian, mari kita berikan sokongan padu kepada Khai Bahar dan sebarkan kebenaran ini. Jika anda merasakan artikel ini memberi manfaat, jangan lupa untuk kongsi dengan kawan-kawan anda. Jom sebarkan yang positif!

Previous Post Next Post

Contact Form