🥹 Mia Sara penat jadi ‘budak kecil’!
Siapa sangka, pelakon comel Mia Sara Nasuha kini dah 21 tahun, tapi masih dianggap sebagai pelakon kanak-kanak? 🤯
Dalam satu temubual eksklusif , Mia meluahkan rasa kecewa dan penatnya selalu dipandang sebagai budak-budak walaupun sebenarnya dia dah mampu bawakan pelbagai jenis watak.
“Saya dah berusia 21 tahun tapi masih melekat pada perspektif orang bahawa saya masih kanak-kanak. Saya dah tak nak jadi kanak-kanak walaupun badan saya bersaiz kecil,” kata Mia.
💔 Mia juga berkongsi, bakatnya tidak dapat diteroka sepenuhnya kerana kurangnya peluang dan platform yang betul untuk membuktikan kemampuan dia.
“Saya harap orang akan nampak saya sebab saya boleh lakukan banyak benda. Tapi saya tidak diberikan peluang dan platform yang betul. Saya tak suka dipandang sebagai kanak-kanak selamanya. Saya penat jadi budak-budak, orang tak pandang serius terhadap saya.”
Drama terbaru Mia, Vertikel FYP Macam VIP, menjadi platform Mia untuk menunjukkan sisi lain bakatnya. Tapi persoalannya, adakah industri hiburan Malaysia sedia beri Mia peluang yang dia layak? 🤔
Kalau korang pun rasa Mia dah terlalu lama ‘terkurung’ dalam imej budak-budak, share artikel ni dan bagi semua orang tahu Mia Sara dah bersedia untuk terbang tinggi! 🚀
✨ Jangan lupa klik share, tag kawan-kawan korang!
#MiaSara #DramaVertikelFYP #PelakonMalaysia #Viral2026 #KlikBacaKongsi #BudakKecilNoMore
