Zul Ariffin tidak berbaju lagi

PELAKON sensasi Zul Ariffin selagi lagi tampil separuh bogel dalam filem aksi berjudul Sangkar yang kini sedang dalam pembikinan.

Zul berkata, dia bukannya sengaja untuk menayang bentuk tubuhnya tetapi ia adalah kehendak watak yang memerlukan dia tampil tidak berbaju.

"Ia sebuah filem aksi dan saya banyak terlibat dalam babak-babak pertarungan dan kebanyakan pelakon lain dalam filem itu juga tidak berbaju.


"Bukan sahaja tidak berbaju, saya juga perlu menyimpan misai dan jambang bagi menghidupkan watak tersebut walaupun sebenarnya saya sudah rimas," katanya.


Dalam pada itu, Zul berkata, filem arahan Kabir Bhatia itu sedang menjalani penggambaran dan ia dijangka selesai pada akhir Ramadan.

Kata Zul, filem tersebut memberinya kepuasan sebagai pelakon memandangkan genre aksi adalah antara kegemarannya.

"Jika kita lihat situasi industri filem sekarang sudah banyak syarikat produksi menghasilkan filem aksi dan genre romantik sudah agak kurang.

"Ia perkembangan yang baik untuk industri dan dapat beri peluang kepada pelakon seperti saya kerana genre aksi sebelum ini jarang ada.
.

"Kedatangan bulan Ramadan memang akan memberi cabaran untuk menyiapkan filem ini tetapi saya anggap itu sebagai satu peluang untuk mencabar diri melakukan sesuatu diluar kebiasaan saya," ujarnya.

Tambah Zul lagi, sebagai persediaan dia lebih kerap ke pusat kecergasan bagi memastikan stamina dan bentuk tubuhnya dalam keadaan baik untuk filem itu.

"Bab pertarungan saya tidak gusar sangat kerana selain ada pelatih saya juga Alhamdulillah ada sedikit ilmu yang saya belajar dan boleh disalurkan ke filem ini," jelasnya.

Pada Ahad lalu, Zul terpilih sebagai pemenang kategori Aktor Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL).

Sebelum ini dia tampil tidak berbaju menerusi filem Tombiruo: Penunggu Rimba.



Zul Ariffin tidak berbaju lagi Zul Ariffin tidak berbaju lagi Reviewed by Kakigosip on 07:14:00 Rating: 5
Powered by Blogger.