Yasin ‘unblock’ pengikut IG sempena Ramadan

PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman mengambil keputusan untuk membuka sekatan terhadap sebahagian pengikutnya di Instagram yang disekat sebelum ini.

Yasin menerusi Instagram memberitahu dia mengambil keputusan itu sebagai meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disambut oleh umat Islam bermula Khamis.

Malah vokalis kumpulan Brothers itu menyifatkan tindakannya sebagai hari pengampunan.

"Hari pengampunan. Bersempena dengan hari pengampunan semalaysia bersempena dengan bulan Ramadan Al Mubarak saya unblock semua," katanya.

Dalam pada itu, ruangan komen penyanyi itu dipenuhi dengan pertanyaan punca sebenar Yasin menyekat sebahagian pengikutnya.


Yasin menjelaskan dia bertindak demikian kerana mereka menggunakan bahasa kesat.

"Sebab mencarut," katanya ringkas.

Sementara itu, Yasin mendedahkan proses membuka sekatan itu mungkin akan mengambil masa kerana akaun yang disekat banyak.

"Ambil masa sikit sebab kena unblock satu-satu. Ramai kot," tulisnya.



Yasin ‘unblock’ pengikut IG sempena Ramadan Yasin ‘unblock’ pengikut IG sempena Ramadan Reviewed by Kakigosip on 07:21:00 Rating: 5
Powered by Blogger.