Usah politikkan Lara Jiwa, Mawi ft Rosmah

PENYANYI Mawi mengaku terkejut apabila klip video mempamerkan lagu duet nyanyiannya bersama Datin Seri Rosmah dihasilkan pada 2005 tiba-tiba tular selepas PRU14.

Memetik Malaysiakini, portal itu melaporkan, walaupun tidak menjangkakan situasi itu, Mawi maklum dengan sikap netizen kerana sebagai penyanyi pasti setiap tindakannya sebelum ini turut diambil kira.


“Saya faham negara ini baru menyaksikan berakhirnya PRU14, justeru apa saja aktiviti berkaitan artis membabitkan seseorang berpangkat suatu ketika dulu akan diteliti mereka termasuk lagu ini.

“Saya berharap, walaupun lagu itu jadi viral, ia tidak akan dipolitikkan atau disalah ertikan.

“Saya tiada masalah jika lagu ini ditularkan semula, cuma janganlah dipolitikkan atau disalah anggap. Kalau boleh jangan timbulkan cerita buruk. Bagi saya, kita wajar lihat ia dalam persepektif sederhana,” katanya.

Lagu berjudul Lara Jiwa itu dicipta oleh Pak Ngah manakala lirik digubah oleh Siso.
Usah politikkan Lara Jiwa, Mawi ft Rosmah Usah politikkan Lara Jiwa, Mawi ft Rosmah Reviewed by Kakigosip on 05:11:00 Rating: 5
Powered by Blogger.