Spotify, Apple Music 'Buang' Lagu R. Kelly

Selepas berdepan dengan kontroversi tuduhan penderaan seksual yang berlaku sejak beberapa tahun lalu, penyanyi R&B R. Kelly kini menerima satu lagi nasib malang.

Aplikasi Apple Music secara senyap telah mengeluarkan lagu penyanyi berusia 51 tahun ini daripada 'playlist' beberapa hari selepas Spotify secara terbuka mengumumkan bahawa mereka tidak lagi mempromosikan muziknya.

Keputusan perkhidmatan penstriman untuk tidak lagi memainkan muzik Kelly daripada perkhidmatan mereka terjadi selepas organisasi Time’s Up, yang membantu wanita selepas mengalami gangguan seksual, mengeluarkan kenyataan mendesak siasatan lanjut mengenai kelakuan Kelly.

Disebabkan itu juga, Kelly membatalkan konsert di Chicago selepas gerakan boikot #MuteRKelly berleluasa.
Spotify, Apple Music 'Buang' Lagu R. Kelly Spotify, Apple Music 'Buang' Lagu R. Kelly Reviewed by Kakigosip on 13:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.