Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, menafikan dirinya disenaraihitam TV3 selepas jarang muncul di stesen TV itu seperti didakwa banyak pihak.

"Tidak ada istilah saya digam di TV3. Cuma saya jarang muncul, jadi timbul persepsi sebegitu.

"Ikutkan saya ada juga muncul dalam program lain di TV3 seperti Melodi dan Anugerah Bintang Popular. Saya berharap perkara ini jelas," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Dalam pada itu, pelantun lagu Jaga Dia Untukku ini meluahkan rasa sedih beliau berikutan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Katanya, parti tersebut tetap dihatinya dan mengharapkan semua pihak mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku dalam keputusan pilihanraya lalu.

"Sejujurnya, saya berasa sedih dengan peralihan kuasa ini. Saya sayang dan BN tetap dalam hati. Apatah lagi, parti ini menjadi pilihan nenek moyang saya.

"Cuma, apa yang berlaku jadikan ia pengajaran,” katanya.

Siti bagaimanapun menyifatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ketujuh melakar sejarah dunia dan sesuatu yang luar biasa.

Malah kata Siti, selama ini dia memang menyanjungi kepimpinan Tun termasuk beberapa pemimpin hebat lain seperti Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.



“Bagi saya ini satu sejarah kerana Tun seorang lagenda politik negara yang dilantik menjadi Perdana Menteri kali kedua pada usia 93 tahun.

“Ini juga satu pencapaian luar biasa apatah lagi Tun pernah bersara sebelum ini. Sejujurnya, apa yang saya luahkan di laman Instagram sebelum ini adalah gambaran perasaan saya yang menyanjungi kepimpinan beliau,"

Tun sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 sebelum bersama 2003.
Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3 Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3 Reviewed by Kakigosip on 13:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.