Sebut lafaz cerai Deja Moss, suami 23 Mei

SEBUT lafaz cerai penyanyi Deja Moss dan suami akan dilakukan pada 23 Mei ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

April lalu penyanyi Deja Moss mendedahkan perkahwinannya dengan Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad bakal berakhir apabila suaminya itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Gombak Timur.


Deja atau nama lengkapnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45,  juga mengakui tidak lagi tinggal sebumbung dengan suami yang menjadikan alasan ketiadaan cahaya mata sebagai sebab utama rumah tangga mereka bermasalah.

Deja dalam kenyataan terbaharunya hari ini memberitahu ketiadaan anak bukanlah penyebab utama, sebaliknya disebabkan kecurangan suami yang mula dikesan semenjak lebih lima tahun lalu.

“Punca sebenar perceraian saya adalah disebabkan kecurangan suami sejak 2013 lagi. Saya sangat sedih dan kecewa sebab rasa seperti diperbodohkan,” kata Deja kepada Kakigosip dalam majlis ramah mesra YB Fahmi Fadzil bertemu penggiat seni tengah hari tadi.

Deja dalam kenyataannya kepada Kakigosip sebelum ini pernah menyatakan kesediannnya untuk hidup bermadu jika itu yang dimahukan suami.

“Saya sedia bermadu tapi entahlah. Mungkin kami sudah tiada jodoh. Saya reda bercerai,” jelasnya.

Menurut penyanyi yang pernah popular dengan lagu Di Matamu Aku, Di Jiwamu Dia ini, Azfendy, 39,  telah keluar rumah pada 27 September 2017 dan sejak dari itu mereka tidak lagi berhubung.

Malah kata Deja semenjak itu dia juga telah disekat di laman sosial dan telefon suaminya menyebabkan dia tidak dapat berinteraksi dengan Azfendy.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos 2008.
Sebut lafaz cerai Deja Moss, suami 23 Mei Sebut lafaz cerai Deja Moss, suami 23 Mei Reviewed by Kakigosip on 22:34:00 Rating: 5
Powered by Blogger.