Saya tidak mahu terlibat dengan parti politik: Karl Shafek

PELAKON dan pengacara, Karl Shafek, memberitahu dia tidak pernah digam ataupun dihalang oleh mana-mana pihak meskipun, kurang mewarnai drama-drama rantaian di televisyen.

"Sebenarnya saya tidak sepi, ada sahaja di TV9 dan TV3 yang bersiaran setiap hari menerusi program CJ WOW Shop sebagai pengacara.


"Jadi, saya tak pernah rasa digam ataupun dihalang atas sebab tertentu mahupun politk.

"Malahan pada tahun lepas saya ada juga terlibat dengan pembangunan projek MRT anjuran pemerintah sebelum ini," jelasnya.

Jelas pemilik nama Khairul Shafek Ibrahim, 38, dia hanya akan melibatkan diri dalam anjuran yang boleh mendatangkan faedah kepada masyarakat sahaja.

"Secara terus terang dan jujur awal-awal lagi saya sudah maklumkan, saya tidak mahu terlibat dengan parti politk.

"Saya hanya terlibat dengan projek yang membawa kebaikan kepada rakyat di mana saya boleh kongsikan, ya saya akan turut serta," katanya.
Saya tidak mahu terlibat dengan parti politik: Karl Shafek Saya tidak mahu terlibat dengan parti politik: Karl Shafek Reviewed by Kakigosip on 18:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.